Skip to main content
Dituduh ‘Show Off’ Kisah Cinta, Ini Respon Mira Filzah-“Awak Sorang Je Kahwin?”

Sharing is caring!

Umum tahu, pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah telah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Wan Emir Astar pada 3 September lalu. Bukan itu sahaja, kisah peribadi aktres cantik ini terus mendapat liputan yang luar biasa walaupun lebih sebulan mereka mendirikan rumah tangga. Namun siapa menduga, ada juga pihak yang semacam kurang senang dengan perkongsian berkaitan hidup mereka.

BACA : Risau Anak Pakai Jeans Ketat, Ayah Mira Filzah Terus Bagi Teguran Deep Untuknya

Menerusi IG Story, selebriti yang sering mendapat jolokan 'Wanita Melayu Terakhir' ini memuat naik mesej kecaman diterimanya daripada seseorang. Individu tersebut seolah-olah meluahkan rasa muak kerana kisah perkahwinan Mira Filzah sering keluar di media berita. Tidak cukup dengan itu, dia mula membabitkan kualiti lakonan selebriti berusia 27 tahun ini yang dianggap tidak bermutu.

Dituduh 'Show Off' Kisah Cinta, Ini Respon Mira Filzah-"Awak Sorang Je Kahwin?" 2

Dituduh 'Show Off' Kisah Cinta, Ini Respon Mira Filzah-"Awak Sorang Je Kahwin?" 3

Tenang menjawab tuduhan tersebut, Mira memberitahu bahawa apa yang dikongsikannya menerusi 'Ask Me Questions' adalah cara dia berhubung serta bertukar pendapat bersama para peminat. Malah dia juga mengakui tidak adil apabila ada yang menghukumnya kerana jawapan berkenaan diberi berdasarkan soalan ditanya peminat di ruang peribadinya sendiri.

Dituduh 'Show Off' Kisah Cinta, Ini Respon Mira Filzah-"Awak Sorang Je Kahwin?" 4

Dituduh 'Show Off' Kisah Cinta, Ini Respon Mira Filzah-"Awak Sorang Je Kahwin?" 5

Dituduh 'Show Off' Kisah Cinta, Ini Respon Mira Filzah-"Awak Sorang Je Kahwin?" 6

Bagaimanapun, pelakon drama 'Bidadari Kiriman Tuhan' ini menyarankan agar orang ramai tidak mempedulikan jika artikel berkenaan peribadinya dikeluarkan. Hal ini kerana, dia tidak pernah meminta artikel tersebut diterbitkan namun tidak sesekali menyalah pihak media.

Dituduh 'Show Off' Kisah Cinta, Ini Respon Mira Filzah-"Awak Sorang Je Kahwin?" 7

Dituduh 'Show Off' Kisah Cinta, Ini Respon Mira Filzah-"Awak Sorang Je Kahwin?" 8

Sumber : Instagram mfilzah

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!