Skip to main content
Dipertikai Naik Kereta Mahal Tapi Single, Gadis Ini Buka Mulut – “Tak Kebuloq”

Sharing is caring!

Berbeza dengan zaman dahulu, wanita di masa kini lebih bersifat berdikari dan mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bergantung kepada golongan lelaki. Bahkan jika dilihat kembali, ramai juga yang lebih selesa hidup membujang dan terus fokus mengumpul harta sehingga kadangkala sudah malas memikirkan soal jodoh. Meskipun lebih selesa dengan keputusan tersebut, mulut orang sekeliling memang sukar ditutup. Turut menerima tempias sama, seorang gadis ini sempat memberikan pendapatnya sendiri.

BACA : [VIDEO] Sedih Tengok Member Single, Gadis Panggil Lelaki Tepi Jalan Ajak Dating

Pada Ogos lalu, gadis berusia 17 tahun ini pernah berkongsikan rasa syukur selepas berjaya memiliki kereta idamannya. Namun di sebalik pencapaian besar berkenaan, dirinya telah dipertikaikan gara-gara masih tidak mempunyai teman lelaki. Tidak pasti apakah tujuan sebenar di sebalik lontaran kata-kata sinisan terbabit, namun dia enggan berdiam diri dan sempat menyuarakan respon yang cukup 'win'.

View this post on Instagram

My dream car come true 😭✅ hardwork paid off✅✅✅ Tak sangka langsung,boleh selfreward utk birthday sendiri utk next month. Tuhan bagi awai 😭 banyak dugaan niena lalui jatuh bangun hanya i ja yang tau. Orang nampak kita senang tapi orang taktau pait masam masin business ni. Tqsm yang mana selalu support niena. Weh taktau nak cakap apa😭 syukur !!! Rezeki Tuhan bagi pinjam sat. Dapat jugak merasa kereta idaman walaupun evoque ni ja, utk org len biasa biasa ja tapi for me wehhh😭 ini yg aku idam. Aku punya betoi ka lani. Dulu nampak kt mana mana keta ni aku tgok sampai la keta ni hilang dari mata aku. Tengok mcm lehiaq nak patah uh To my sayang, thank you so much for believing in me . I hope you know you mean the absolute world to me, without you idk what i would do . Thank you 🥺 awak ada dari bukan ada brand OMPUTEH lagi ❤️ thank you for being there for me, for guiding and showing me the way. Thank you for supporting and encouraging me. You are an inspiration in my life, my love 💍💕 . Thank you my family ❤️ OMPUTEH, mengajar saya banyak. Sedih, happy, susah, senang. Thank you ada dgn niena and setia bersama niena. Taktau nak cakap apa syg ampa wei. My sifu, thank you for sharing pieces of your knowledge❤️ @barakbaha @sifujamall @sifubads i thank you for your part in my journey. I will Never stop learning. Dahlah weiiiii,malas tulis. Panjang dhhhhhh . Ku lukih buleh dakk? Tapi semua tu ikhlas tawww 🤪 simpan sini sebagai kenangan depa kata Apa kereta idaman hampa wei? Try share

A post shared by NIENA (@shaniena.natasyaa) on Aug 7, 2020 at 10:58pm PDT

Menyifatkan dia tidaklah terlalu terdesak mahukan insan bernama lelaki di dalam hidupnya, gadis cantik ini juga mengakui bahawa segala urusan jodoh adalah bergantung di atas percaturan Tuhan. Tambahan pula, dia merasakan bahawa lebih baik sekiranya dirinya terus berstatus single daripada terpaksa hidup dengan lelaki yang mungkin berperangai buruk.

@shanienanatasyaa

Reply to @user514039143

♬ original sound – Shaniena Natasya – Shaniena Natasya

Bukan sahaja terhibur dengan luahan jujur yang dikatakan oleh Niena, malahan netizen juga bersetuju mengatakan bahawa wanita berharta memang agak sukar memikirkan soal jodoh. Bahkan mereka lebih selesa dengan hidup sebegitu dan enggan menharapkan lelaki dalam urusan seharian.

Dipertikai Naik Kereta Mahal Tapi Single, Gadis Ini Buka Mulut - "Tak Kebuloq" 2

Dipertikai Naik Kereta Mahal Tapi Single, Gadis Ini Buka Mulut - "Tak Kebuloq" 3 Dipertikai Naik Kereta Mahal Tapi Single, Gadis Ini Buka Mulut - "Tak Kebuloq" 4

Sumber : TikTok shanienanatasyaa & Instagram shanienanatasya

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!