Skip to main content
Dengar je Tun M tak nak maafkan dia sampai bila2. Ini reaksi padu Najib

Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan yang beliau tidak dapat memaafkan Datuk Seri Najib Razak 'sampai bila-bila'.

Menurut Mahathir, pada suatu ketika beliau sangat menyenangi Najib sampai berusaha bersungguh-sungguh agar Najib boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).

Tidak cukup dengan itu, katanya, beliau juga berusaha agar Najib boleh menggantikan Pak Lah namun persepsinya terhadap Najib berubah bila anak bekas Perdana Menteri itu mengetuai negara.

Ini kerana, ujarnya, Najib telah membuatkan orang semakin benci dengan UMNO

"Saya tak boleh maaf orang yang menghancurkan parti, sampai orang benci kepada UMNO.

"Masa pilihan raya dulu Pak Lah (Abdullah Badawi) menang lebih daripada saya, namun sekarang orang tolak Pak Lah, orang tolak Najib, pencapaian Najib lebih teruk daripada Pak Lah

"Orang yang menghancurkan UMNO saya tak boleh maaf, sampai bila-bila," tegasnya.

Berikut pula reaksi Najib Razak

Dalam perkembangan terkini Najib ada memuat naik satu keratan akhbar bertajuk Tun M tak akan maafkan Najib sampai bila-bila

Namun Najib mengambil pendekatan berjiwa besar dengan memaafkan Tun Mahathir

"Itu hak dia.Tapi saya maafkan dia"

Najib dalam pada itu minta pihak Malaysia Gazette memberi peluang kepada dia untuk menjawab dakwaan Tun melalui wawancara live juga.

Jika diizinkan, sila berhubung dengan pegawai saya.

Tun M sebelum ini berkata demikian dalam wawancara eksklusif dalam program Owh!MG terbitan Malaysia Gazette semalam.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, kesungguhannya hendak melihat Najib menjadi Perdana Menteri dulu telah menyebakan tercetusnya perkelahian antara beliau dan Pak Lah.

"Tetapi bila Najib menjadi Perdana Menteri, beliau sudah 'bertukar'…umpamanya isterinya dimarahi orang kerana cuba nak menonjol diri, cara dia berbelanja dan sebagainya.

"Tetapi saya tidak begitu peduli tentang Rosmah, saya lebih tertumpu pada Najib…sebagai pemimpin, dia mesti menjaga maruahnya.

"Namun dia terus mempertahankan isterinya," kata Mahathir – Malaysia Gazette

Apa kata anda? Kongsikan Bersama Kami

Like Follow Kecoh Ape untuk berita-berita terkini