Skip to main content
Datin Alyah Nak Ada Zuriat Sendiri Tapi Ada Syarat-Syaratnya

Penyanyi Datin Alyah tidak menolak kemungkinan untuk dia dan suami, Datuk Ramli M.S merancang untuk mempunyai zuriat sendiri dalam masa terdekat.

Jelas Alyah bagaimanapun dia perlu memperlahankan aktiviti seni sekurang-kurangnya setahun sebelum memulakan raw-atan perse-nyawaan in-vitro (IVF).

"Sebagai wanita yang bergelar isteri saya nak sangat untuk ada anak sendiri tapi kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan.

"Apa yang boleh saya katakan, jadual kerja saya yang terlamp-au padat membuatkan saya perlu mempertimbangkan waktu sebaik mungkin sebelum melakukan raw-atan IVF kerana ia memerlukan tempoh rehat yang panjang misalnya setahun.

"Selagi saya masih memberikan komitmen terhadap nyanyian, agak sukar untuk saya menjalani raw-atan dalam masa terdekat ini," katanya kepada Gempak.

Alyah ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk Zafesya Simply di Dorsett Putrajaya baru-baru ini mengakui dia kini sudah mulai memperlahankan aktiviti seninya.

"Insya-Allah saya akan melakukan rawa-tan itu sebab sekarang pun sudah perlahan-lahan aktiviti nyanyian.

Kurang Ghai-rah untuk menyanyi

"Lagipun, sekarang saya sudah kurang ghai-rah untuk membuat persembahan berbanding dulu," tambahnya.

Alyah dan Ramli telah disatukan dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia pada 18 Mac 2013.

"Bidadari Benar Wujud,"-Ramli M.S Suka Tatap Wajah Alyah Bila Bangun Pagi

Datuk Ramli M.S terpesona menatap wajah isterinya, Alyah setiap kali bangun pada waktu pagi.

Jata Aliyah, wajahnya kini sudah tidak kering dan kusam walaupun aktif di siang hari dan tidur di bilik berhawa dingin.

Foto: IG "Sepanjang beberapa bulan sejak akhir-akhir ini saya gemar berjalan-jalan. Langkawilah, Port Dicksonlah, macam-macam tempat saya pergi.

"Jadi memandangkan wajah saya sedia ada jeragat, kulit saya senang nampak gelap.

"Masuk rumah pula berhawa dingin. Jadi saya pun mencuba produk pembersih muka dan pencerah wajah Zafesha yang digabungkan pula dengan serumnya.

"Dua produk ini merupakan kombinasi tepat dan memang saya rasa perubahan pada wajah saya terutamanya apabila bangun pagi.

"Kulit wajah saya tidak lagi kering dan nampak lembap. Suami pun puji katanya bidadari itu benar-benar wujud," katanya kepada Gempak.