Skip to main content
“Dah menangis dekat rumah dahulu” Ini kata2 manis Syifa Melvin, penghijrahan Safawi Rasid ke kelab baru

Sepang: Penghijrahan tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier,

Portimonense SC bukan sahaja ditangisi keluarga dan penyokongnya, tapi juga pelakon dan ahli perniagaan, Syifa Melvin.

Safawi yang juga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berlepas ke Portugal malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story pelakon, Lia Natalia yang juga rakan Syifa, adik kepada Syatilla Melvin itu berkata, dia sudah lepaskan kesedihan di rumah.

Video itu juga dimuat naik semula di Instagram Story Syifa. "Okay, dah nangis tadi. Dah lepas di rumah," katanya.

Dalam video lain, Lia turut menulis kapsyen 'Aku tahu kawan aku kuat' dan dimuat naik semula Syifa.

Semoga Berjaya

Lia turut memuat naik gambar mereka bersama Safawi dengan keterangan; "All the best permata negara Safawi Rasid," tulisnya.

Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 23 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak.

Penghijrahan Safwi ke sana adalah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.

Sebelum ini Syifa ada mengatakan dia tak pernah kawal hidup Safawi

SAYA tidak pernah mengongkongnya. Selama ini saya menjaganya dengan baik kerana tidak mahu kerjayanya terjejas," kata pelakon Syifa Melvin, 26, mengenai dakwaan dia dikatakan menjadi punca kepada kemerosotan prestasi bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang juga kekasihnya, Safawi Rasid, 23.

Selama ini dia menjaga Safawi dengan baik kerana tidak mahu kerjaya pemain berstatus bintang itu terjejas seperti dulu apabila sering dikaitkan dengan isu skandal bersama selebriti.

Menurut Syifa atau sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, sekiranya dia memberi tek-anan kepada Safawi sudah pasti pemain itu 'angkat kaki' dan memilih untuk tidak bersamanya.

"Kalau dia rasa saya mengawal hidupnya, pasti sudah lama dia angkat kaki. Tapi, kenapa dia masih mempertahankan hubungan ini? Dia sudah dewasa dan matang untuk membezakan hubungan yang baik dan b-uruk," katanya

Kucupan terakhir Pawi kepada ayah dan bonda tercinta

Ribuan ucapan tahniah, doa iringi penghijrahan Safawi ke Portugal… pesanan TMJ paling padu! – "Jika perlu apa-apa, aku sentiasa ada… just call"

Dalam pada itu RIBUAN ucapan tahniah dan juga doa membnjiri posting terbaharu bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid. Terdahulu Safawi yang juga anak kelahiran Dungun,

Terengganu memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram bagi menzahirkan ucapan penghargaan kepada pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan penyokongnya.

"Thank you for all the memories. I will miss JDT family and all supporters. Junjung kasih Tuanku," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Sehingga kini perkongsiannya meraih lebih 90,000 likes dan ribuan komen yang dilontarkan warganet dan juga selebriti.

Malah Tunku Ismail sendiri turut menitipkan ucapan kepada pemain skuad Harimau Malaya itu.

"All the best Pawi. Aku doa semoga berjaya. Jikalau perlu apa-apa, aku sentiasa ada. Anytime, anywhere.. just call. Jaga diri, sentiasa ingat Allah.

Pintu JDT sentiasa terbuka. All the best and good luck," tulis Tengku Mahkota Johor itu di ruangan komen.

"Selamat maju jaya, Pawi! Banggakan Malaysia!," komen pengacara terkenal, Uyaina Arshad.

"All the best," tulis Izham Tarmizi yang juga penjaga gol kelab tersebut.

Selamat berangkat Safawi Rasid …

Posted by Rizal Hakimm on Saturday, October 3, 2020

Sementara itu,ada juga warganet meluahkan rasa sedih kerana tidak lagi berpeluang untuk melihat Safawi beraksi di dalam negara. "Good luck Pawi. Kami akan merindui aksi anda Liga Super Malaysia,"

tulis Faiz Najmii. Safawi akan berlepas ke Portugal untuk meneruskan karier bola sepaknya di Eropah dengan menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.

Pemain berusia 23 tahun itu akan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam ini.

Safawi muncul sebagai pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas pemain muda muda sensasi,

Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu. Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia

(AFC) sebelum ini dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.

Sumber : M star