Skip to main content
Dah 2 Tahun Pemergian Isteri, Suami Buka Almari Lepas Rindu- “Aku Tak Move On?”

Sharing is caring!

Diuji dengan pemergian isteri tercinta yang selama ini menjadi tulang belakang pastinya memberi kesan mendalam kepada seorang suami. Itulah gambaran mengenai kecekalan seorang bapa tunggal bernama Khairul Abdullah. Walaupun sudah 2 tahun berlalu, namun saat-saat indah ketika bersama si isteri akan sentiasa diingati.

BACA : "Rehatlah Abang Di Negara Abadi" -Ogy Luah Sedih Pemergian Idris Md Diah

Terdahulu, kisah mengenai isterinya iaitu Allahyarhamah Mareena Abdul Manaf pernah menjadi tular apabila pergi di saat anak bongsu mereka belum berusia setahun lagi. Wanita tersebut telah dijemput Ilahi pada 1 Ogos 2018 akibat jangkitan kuman yang menyebabkan kegagalan organ.

Dah 2 Tahun Pemergian Isteri, Suami Buka Almari Lepas Rindu-

Dah 2 Tahun Pemergian Isteri, Suami Buka Almari Lepas Rindu-

Menerusi posting terbaru di Facebook miliknya, Khairul meluahkan jiwanya sunyi selepas pemergian insan istimewa itu yang sebelum ini banyak memberi semangat serta kekuatan. Malah dia juga sering meluangkan masa di hadapan almari baju isterinya yang masih tersusun cantik sejak dulu.

Dah 2 Tahun Pemergian Isteri, Suami Buka Almari Lepas Rindu-

Dah 2 Tahun Pemergian Isteri, Suami Buka Almari Lepas Rindu-

Sukar untuk dijelaskan, tapi bagi Khairul ia sudah cukup untuk mengubat rindu yang terpendam di hati. Meskipun pemergian itu sering kali dirindui, tetapi bapa tunggal ini terus tabah dan reda demi membesarkan tiga cahaya mata yang masih kecil secara bersendirian.

Dah 2 Tahun Pemergian Isteri, Suami Buka Almari Lepas Rindu-

Dah 2 Tahun Pemergian Isteri, Suami Buka Almari Lepas Rindu-

Dah 2 Tahun Pemergian Isteri, Suami Buka Almari Lepas Rindu-

Dah 2 Tahun Pemergian Isteri, Suami Buka Almari Lepas Rindu-

Sumber : Facebook Khairul Abdullah

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!