Skip to main content
Cvrang dgn 2 lelaki sekaligus, Ini penjelasan Nadia

Pelakon Nadia Brian enggan mengulas lanjut berhubung tuduhan suaminya, Muizz Nasruddin, bahawa dia menjalinkan hubungan sulit dengan dua lelaki lain sepanjang perkahwinan mereka.

Jelas Nadia, isu terbabit disifatkan terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

"Saya minta maaf, setakat ini saya tak nak komen apa-apa lagi, ini terlalu peribadi.

"Apapun, doa yang baik-baik, sebab bagi saya, banyak lagi isu yang lebih berat dan penting berbanding kisah kecil saya ini," katanya kepada Gempak.

Suami Dakwa Curang Dengan Dua Lelaki, Nadia Brian Cakap Ini Terlalu Peribadi!

Baru Kahwin, Masih Dalam Proses Mengenali

Tambah Nadia, dia dan suami masih dalam proses perkenalan memandangkan usia perkahwinan mereka masih singkat.

"Saya pun berkahwin sekejap dan proses mengenali itu pun pantas, doakan yang baik-baik," tambahnya menerusi kiriman aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Muizz sebelum ini tampil mengulas situasi terkini rumah tangganya dengan Nadia yang difahamkan sedang retak menanti belah.

Dedah Muizz, isterinya berlaku c-urang bersama dua lelaki dan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak lebih tiga bulan.

Muizz dan Nadia mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam selepas dua tahun berkenalan.

Dah tak tinggal sebumbung sejak 3 bulan lepas…tapi Nadia bukan dihalau

Dalam perkembangan terbaru, Muizz mendedahkan bahawa mereka masih sah bergelar suami isteri walaupun sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir 3 bulan lalu.

Sambil menafikan dakwaan bahawa Nadia dihalau, pengurus akaun di sebuah syarikat swasta sebaliknya telah berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, perkara itu ditolak oleh Nadia yang kini tinggal di rumah ibunya.

Moment suami setuju syarat talak khuluk undang sebak ramai

Selaku individu yang mengikuti perkahwinan mereka dari awal lagi, wartawan Zaidi Mohamad mengakui turut terkesan dengan berita duka tersebut.

Rumah Tangga Diuji, Babak Suami Nadia Brian Setuju 'Talak Khuluk' Cetus Sebak

Posted by Berita Online on Wednesday, October 7, 2020

Menerusi Instagram, dia telah memuat naik sepotong video yang memaparkan Muizz bersetuju dengan syarat 'talak khuluk' di hari pernikahan pada 9 November tahun lepas sambil mengharapkan hubungan mereka baik-baik saja.

Maksud Talak Khuluk

Selain rakan artis, rata-rata netizen turut sebak menyaksikan semula babak tersebut dan menyifatkan Muizz sebagai suami yang baik. Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar kedua-duanya boleh berdamai dan bersatu semula.

I cried watching this