Skip to main content
Cuba Ambil Hati Tapi Gagal, Isteri ‘Mandi Air Mata’ Sebumbung Dengan Mak Mentua

Sharing is caring!

Memang benar kata orang, tinggal sebumbung dengan ibu mentua bukanlah satu pilihan kehidupan yang dimahukan oleh seorang isteri. Namun atas dasar hormat kepada suami, kebanyakan isteri sanggup menurut sahaja permintaan tersebut. Siapa sangka dilema sama turut dialami oleh seorang wanita dari Indonesia ini.

BACA : [VIDEO] Gadis Reda Dapat Bapa Tiri 10 Tahun Muda Dari Ibu – "Tak Boleh Halang.."

Cuba Ambil Hati Tapi Gagal, Isteri 'Mandi Air Mata' Sebumbung Dengan Mak Mentua 2

Melalui TikTok milik wanita bernama Diena, dia berkongsi beberapa episod duka apabila terpaksa tinggal sebumbung bersama ibu mentuanya. Bukan sahaja menguji kesabarannya, malahan dia juga sering bermandi air mata dek kerana rasa 'makan hati' yang mendalam.

@dienazio

1 rumah dengan mertua 🥺.. sangat tidak nyaman buat aku #fypシ #PejuangLokal #tiktok

♬ Surrender – Natalie Taylor

Mengimbas semula kisah lalu, Diena mengakui sudah berbagai cara telah dilakukannya dalam menambat hati wanita berkenaan namun tidak berjaya. Bukan sahaja merasa segala benda tidak kena, malahan mentuanya sering mengungkit tentang kekurangannya.

@dienazio

Berbuat baik aja salah, gimana berbuat buruk 🥺..! #tiktok #lelah #kangen #jakarta

♬ Jony_Lali – Cha Gezag

Sejak dimuat naik pada pertengahan bulan Ogos lalu, rakaman berdurasi kurang daripada seminit ini sudah pun ditonton lebih 50 ribu kali oleh netizen. Bukan sahaja meluahkan rasa simpati atas layanan diterimanya, rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman sama.

Cuba Ambil Hati Tapi Gagal, Isteri 'Mandi Air Mata' Sebumbung Dengan Mak Mentua 3

Cuba Ambil Hati Tapi Gagal, Isteri 'Mandi Air Mata' Sebumbung Dengan Mak Mentua 4

Cuba Ambil Hati Tapi Gagal, Isteri 'Mandi Air Mata' Sebumbung Dengan Mak Mentua 5

Sumber : TikTok dienazio

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!