Skip to main content
COVID-19 Di Sabah Makin Melarat, Rakyat Pergi Check-Up Naik Kereta Sorong

Sharing is caring!

Kebelakangan ini, peningkatan mendadak jumlah rekod individu positif COVID-19 di Malaysia dilihat semakin membimbangkan. Selain Kedah, negeri Sabah juga mencatatkan angka jangkitan tertinggi sekali gus memaksa para frontliners memikul tanggungjawab besar demi merawat dan mengekang pandemik ini.

BACA : KLIA Sesak Teruk, Penumpang Terkandas Hampir 5 Jam Jalani Saringan COVID-19

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang doktor bernama Muhamad Na'im Ab Razak tampil mendedahkan realiti senario di sana. Siapa sangka, keadaan kritikal di Sabah telah memberi impak terhadap penduduk yang tinggal di pedalaman. Malah dia juga agak terkejut apabila terdapat sebahagiannya terpaksa datang ke pusat perubatan dengan menaiki kereta sorong.

COVID-19 Di Sabah Makin Melarat, Rakyat Pergi Check-Up Naik Kereta Sorong 2

Menurut pakar perubatan berkenaan, terdapat dua sebab membuatkan beliau terus kuat iaitu doa daripada masyarakat dan keadaan daif rakyat setempat. Meskipun sebelum ini pernah berkhidmat di Lahad Datu, namun melihat segelintir penduduk dihantar mendapatkan rawatan menggunakan kereta sorong adalah sesuatu yang janggal.

COVID-19 Di Sabah Makin Melarat, Rakyat Pergi Check-Up Naik Kereta Sorong 3

COVID-19 Di Sabah Makin Melarat, Rakyat Pergi Check-Up Naik Kereta Sorong 4

COVID-19 Di Sabah Makin Melarat, Rakyat Pergi Check-Up Naik Kereta Sorong 5 Gambar Sekadar Hiasan

Bahkan, sebelum ini pernah dilaporkan terdapat patient yang mengalami bleeding teruk gara-gara memilih untuk melahirkan zuriat di rumah berikutan tiada kemudahan pengangkutan. Walau bagaimanapun, beliau berasa agak ralat kerana situasi pandemik tersebut secara tidak langsung menyukarkan penduduk setempat mendapatkan rawatan.

COVID-19 Di Sabah Makin Melarat, Rakyat Pergi Check-Up Naik Kereta Sorong 6

COVID-19 Di Sabah Makin Melarat, Rakyat Pergi Check-Up Naik Kereta Sorong 7 Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Facebook Muhamad Na'im Ab Razak

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!