Skip to main content
“Call Tak Angkat, Rasa Dah Puas Berlakon Ke?”-Nora Danish ‘Ditegur’ Boss Ned

Sharing is caring!

Bagi para peminat yang sudah biasa mengikuti akaun Instagram pelakon cantik Nora Danish, pasti sudah terbiasa melihat komen-komen ditinggalkan oleh suaminya Mohamad Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned. Kedua-dua suami isteri ini kerap kali bergurau senda di ruangan tersebut sehingga kadangkalanya menjadi perhatian netizen.

BACA: Pandai Lindung DS Siti Nurhaliza, Nora Danish Mahu Jodohkan Anak Dengan Aafiyah

Terbaru menerusi satu perkongsian di akaun miliknya, suami Nora telah tinggalkan komen 'menegur' perbuatan pelakon berkenaan yang tidak mengangkat panggilannya. Komen bernada 'kasar' daripada lelaki tersebut turut menyebut jika perbuatan itu diteruskan, berkemungkinan keizinan yang diberi untuk berlakon akan ditarik balik kelak.

"Call Tak Angkat, Rasa Dah Puas Berlakon Ke?"-Nora Danish 'Ditegur' Boss Ned 2

"Call Tak Angkat, Rasa Dah Puas Berlakon Ke?"-Nora Danish 'Ditegur' Boss Ned 3

Walau bagaimanapun, 'teguran' tersebut sebenarnya adalah sekadar gurauan mereka berdua suami isteri. Mungkin komen ditinggalkan berbunyi agak keras namun artis wanita itu sempat membalasnya dengan mengatakan untuk tidak terus bergurau kerana sudah ada yang salah faham.

"Call Tak Angkat, Rasa Dah Puas Berlakon Ke?"-Nora Danish 'Ditegur' Boss Ned 4

"Call Tak Angkat, Rasa Dah Puas Berlakon Ke?"-Nora Danish 'Ditegur' Boss Ned 5

"Call Tak Angkat, Rasa Dah Puas Berlakon Ke?"-Nora Danish 'Ditegur' Boss Ned 6

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sudah lali dengan sikap Nedim yang agak nakal apabila suka mengusik isterinya. Mereka juga turut serta berseloroh dengan mengatakan talian telefon pada waktu itu sedang bermasalah menyebabkan panggilannya tidak berjawab.

"Call Tak Angkat, Rasa Dah Puas Berlakon Ke?"-Nora Danish 'Ditegur' Boss Ned 7

"Call Tak Angkat, Rasa Dah Puas Berlakon Ke?"-Nora Danish 'Ditegur' Boss Ned 8

"Call Tak Angkat, Rasa Dah Puas Berlakon Ke?"-Nora Danish 'Ditegur' Boss Ned 9

Sumber: Instagram Nora Danish

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!