Skip to main content
C0VID-19: SOP tidak seragam, TEMCO lewat pvnca gel0mbang baharu – Pakar kesihatan awam

KUALA LUMPUR : Prosedur operasi standard (SOP) yang tidak seragam dan pengabaian nasihat kesihatan awam antara faktor Malaysia merekodkan kes baharu C0VID-19 harian sebanyak 260 – yang kedua tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.

Ini termasuk kelewatan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat secara Pentadbiran (TEMCO) serta sekatan perjalanan antara daerah di kawasan beris1ko tinggi.

Tuan rumah boleh buat keputusan tidak terima tetamu pada Hari Raya - Pakar Kesihatan Awam | Astro Awani

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman, negara sedang berhadapan dengan gel0mbang baharu wab4k membawa m4ut ini.

"Angka tiga digit kes baru serta jumlah kes aktif dan pesakit dalam Unit Raw4tan Rapi (ICU) juga terus meningkat.

"Kita kini secara umum berhadapan pola kenaikan kes secara mendadak, sesuatu yang selama ini kita bimbangi serta kita sangat berharap ia tidak berlaku.

"Dari segi data, saya berpendapat sebahagian besar daripada peningkatan kes ini disebabkan oleh kes-kes jangk1tan dari tempat yang dikatakan beris1ko tinggi.

"Meskipun data tidak menyatakan secara jelas, namun angka sebelum itu jelas, ia adalah dari negeri Sabah," katanya kepada Astro AWANI.

Bagaimanapun, Dr Malina berkata, masih tidak terlambat untuk kembali menyusun strategi pematuhan kepada semua langkah SOP yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Daripada segi kesihatan awam, sebaik sahaja kita sedari berlaku kesilapan, langkah segera perlulah diambil untuk mengelakkan kesan buruk yang lebih besar.

"Tempoh wajib kuarantin 14 hari perlu diperkenalkan segera dan dikuatkuasakan di tempat-tempat yang diwartakan.

"Paling utama, kita kembali merapatkan koordinasi strategi, saling membantu untuk kembali fokus dalam menceg4h kenaikan kes, di samping melindungi mereka yang rentan," jelasnya.

Tambah beliau, negara perlukan polisi undang-undang yang mantap serta tidak berubah menurut keadaan.

"Polisi yang saya maksudkan, undang-undang berkaitan penceg4han perlu disandarkan pada hujah saintifik, ada sandaran ilmu dan kajian.

"Demikian juga jika ada perubahan secara saintifik, ia perlu diubah berdasarkan bukti tersebut.

"Para doktor dan kakitangan kesihatan berusaha untuk melindungi kesihatan awam dan semua yang dinasihatkan adalah menjurus untuk kepentingan masyarakat," kata Dr Malina.

Pihak kerajaan serta agensi terlibat sangat disyorkan mengambil dan melaksanakan segera semua pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pakar kesihatan awam, tambahnya.

Tidak kira ahli politik mahupun rakyat biasa, duduk di rumah – Profesor

Tidak kira ahli politik mahupun rakyat biasa, duduk di rumah - Profesor Dr Adlina berkata, adalah lebih baik jika semua pihak yang baru pulang dari Sabah agar mengasingkan diri. – Gambar fail

Masih ramai yang tidak faham cara penularan dan kesan wab4k C0VID-19 dalam jangka masa panjang.

Itu tegas Ketua Kluster Perubatan Dan Kesihatan, Akademi Profesor Malaysia, Prof Dr Adlina Suleiman yang khuatir apabila melihat kebanyakan rakyat masih memandang remeh terhadap pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan.

Jangkitan meningkat, pematuhan SOP semakin terabai? | Astro Awani

"Walaupun kita tahu cara penularan wab4k itu tetapi kita masih lagi tidak begitu faham mengenai cara-cara lain bagaimana ia boleh menular, dan apakah kesannya kepada badan.

"Ramai yang menganggap bahawa jika mereka muda dan mereka kena (dijangkiti C0VID-19), ia dianggap tidak teruk.

"Tetapi kita tidak tahu, apakah dalam jangka masa panjang, sama ada infeksi itu akan menyebabkan organ -organ lain kita terlibat. Itu kita tidak tahu," kata Dr Adlina.

Bercakap kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Khamis, beliau berkata, adalah lebih baik jika semua pihak yang baru pulang dari Sabah agar mengasingkan diri.

"Tidak kira ahli politik atau sesiapapun, seeloknya jangan keluar daripada rumah selama 14 hari dan kita sendiri kita buat SOP dan asingkan diri di rumah.

"Ini bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri, tetapi demi keselamatan keluarga dan orang lain.

"Sekiranya ada ahli keluarga yang lebih berumur atau golongan kanak-kanak di rumah, cuba untuk elakkan diri daripada mengadakan kontak rapat dengan mereka," tegas beliau.

Pada Khamis, Malaysia merekodkan 260 kes jangk1tan C0VID-19 yang mana hanya satu daripada kes itu merupakan kes import.

Kementerian Kesihatan mengesahkan hampir kesemua negeri mencatatkan kes kor0navirus tersebut, kebanyakannya melibatkan pengembara dari Sabah.

Sumber: Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.