Skip to main content
Berdiri Di Tingkap Rumah, Wanita Tak Sempat Halang Suami Kanser Terjun Bangunan

Sharing is caring!

Masalah depresi seharusnya dipandang sebagai satu isu serius yang sememangnya banyak melanda masyarakat sekarang. Bukan sahaja dikalangan orang sihat tubuh badan, malahan ia juga berpotensi untuk dihadapi oleh sesetengah pihak yang memiliki masalah kesihatan kronik. Pada Ogos lalu, kita pernah dikecohkan dengan tindakan seorang wanita yang nekad menamatkan hayatnya sendiri apabila dia terjun dari bangunan akibat tertekan menanggung kanser.

BACA : Selalu Pendam Masalah Sendiri Enggan Luahkan, Wanita Ajal Akibat Terlalu Stress

Berdiri Di Tingkap Rumah, Wanita Tak Sempat Halang Suami Kanser Terjun Bangunan 1 Gambar sekadar hiasan

Kejadian sama turut berulang lagi namun kali ini melibatkan seorang lelaki berusia lanjut 60 tahun. Dengan faktor sama iaitu mengalami tekanan emosi dan merasakan dirinya tidak berguna lagi untuk dalam hidup, dia telah terjun bangunan saat berada seorang diri di rumah. Kejadian terbabit berlaku di sebuah kediaman bertingkat di sekitar Sri Petaling semalam.

Berdiri Di Tingkap Rumah, Wanita Tak Sempat Halang Suami Kanser Terjun Bangunan 2 Gambar sekadar hiasan

Lebih meruntun jiwa, pihak polis mendedahkan bahawa isterinya yang ketika itu berada di bawah sempat melihat lelaki itu berdiri di tingkap rumah. Dalam keadaan panik, dia mula bergegas untuk menghalangniat suaminya itu. Malang sekali, segala usaha bagaikan tidak kesampaian apabila lelaki terbabit sudah pun terjun daripada tingkat 16. Diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, terdahulu dia dikatakan pernah membuat cubaan menggantung diri kerana hendak menamatkan penderitaan. Bahkan sikapnya dikatakan berubah akibat derita kanser usus tahap tiga.

Berdiri Di Tingkap Rumah, Wanita Tak Sempat Halang Suami Kanser Terjun Bangunan 3 Gambar sekadar hiasan

Sumber : Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!