Skip to main content
Bekas SU Agong MPP Tampil Perbetulkan Kenyatan MPP UPSI

Hari ini kecoh mengenai Naib Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris menghubungi sendiri pihak Ustaz Ebit Lew supaya membuat permohonan terbuka kerana tidak melalui proses penghantaran pelajar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mendapat kebenaran pihak pengurusan universiti tersebut.

Perkara iti juga disebut dalam kenyataan rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UPSI,yang telah menimbulkan perasaan kurang senang orang ramai dengan ayat yang digunkan oleh MPP terbabit

Berikut pula teguran padu dari seorang penulis yang juga pernah menjawat jawatan SU Agong MPP

"Isu MPP UPSI ini bagus untuk kita semua belajar. Perenggan ke-2 dan ke-3 boleh ditulis begini:

*****

Kami mengambil tanggungjawab penuh untuk membantu melicinkan operasi pasukan Ustaz Ebit Lew membawa pulang pelajar dengan menerangkan SOP semasa Covid-19.

Kami faham dan tahu keupayaan Ustaz Ebit dalam menangani berbagai isu dan oleh itu kami ingin turut bersama.

Sesi taklimat dan penjelasan tentang SOP akan berjalan pada esok hari dan segala bantuan dari Ustaz Ebit Lew akan kami gunakan sepenuhnya. Sebagai rakyat Malaysia dan masih bergelar pelajar, kami sangat hargai dan berbangga adanya bantuan dari luar datang dalam keadaan begini.

****

"Boleh jadi kita merasakan apa yang kita tulis itu betul. Namun ia mengusik emosi ramainya orang. Orang akan persoal, dan kalian kena bezakan soalan dan persoalan.

" Persoalan ialah tentang kredibiliti kalian dalam menangani isu. Soalan pula hanya sekadar perlu dijawab.

" Adik-adik, belajar. Saya sekadar membantu apa yang boleh. Lebih 20 tahun lalu saya seorang setiausaha agong untuk MPP. Hari ini saya masih menulis dan berusaha menjaga emosi ramainya orang.

" Belajar. Ujian hebat untuk orang hebat. Begitulah.

Terima kasih.Khairul Hakimin Muhammad,

Sayang Ustaz Ebit Lew, sedih juga pembulian terus kepada MPP.

[Pastikan tak hina, tak marah, tak benci para MPP tersebut okey. Mereka juga ada ibu bapa, ada keluarga, ada peluang untuk baiki semua kesilapan mereka]

kredit: Khairul Hakimin Muhammad

Pelajar Sendiri Yang DM Minta Bantuan

Semalam, Ustaz Ebit berkongsi hantaran membantu menyediakan bas percuma untuk membawa penuntut universiti itu balik semula ke kampung selepas KPT memutuskan agar pembelajaran di institut pengajian tinggi (IPT) dibuat secara atas talian.

Beliau berkata, ramai penuntut menghantar mesej kepadanya meminta bantuan.

Atas rasa kasihan, Ustaz Ebit telah menyewa bas ke Pantai Timur dari UPSI.

Katanya, bantuan sama juga akan diatur kepada pelajar-pelajar di beberapa IPT

"Sayu ramai pelajar mesej saya dari pelbagai universiti. Disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online. Ramai juga yang baru daftar. Kasihan dengar. Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka.

"Banyak pelajar yang dm saya. Bas ini ke Pantai Timur dari upsi. Ramai lagi insyaAllah saya akan aturkan dari uitm, uthm, upsi dan banyak lagi. Yerlah keadaan semasa negara covid 19 meningkat. Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik. Dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi. Teringat dulu masa susah di universiti," kata beliau.

Rata-rata netizan terus menerus menyokong Ustaz sebit Lew dan mempersoalkan kecekapan pihak pengurusan universiti

Sepatutnya pihak pengurusan kena minta maaf

Apakah selama ini Pihak UPSI tidak merekodkan pelajar

p/s: Kepada pihak Perwakilan Pelajar UPSI, tidak perlu lagi menulis surat rasmi, tapi uruskan pelajar-pelajar di universiti anda kerana mereka telah memilih anda menjadi wakil mereka. Wakil mereka ketika sus4h dan senang, ya! Bukan wakil mereka untuk anda belajar menjadi ahli pol1tik!

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami