Skip to main content
Baru Keluar Rumah Lepas 4 Bulan Kahwin, Pemuda Temui Ajal ‘Dihentam’ Keretapi

Sharing is caring!

Ajal, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah S.W.T. Setiap yang hidup pasti akan 'pergi' suatu hari nanti. Paling menyedihkan apabila perlu menghadapi pemergian orang yang paling disayangi buat selama-lamanya. Situasi itulah yang menggambarkan perasaan seorang ibu apabila anak lelakinya telah menemui ajal dalam satu nahas jalan raya.

BACA: Ajak Jadi Bridemaids, Bakal Pengantin Terkilan BFF Ajal 3 Bulan Sebelum Nikah

Menerusi laporan Tribunnews, si anak yang dikenali sebagai Denu Aldino telah disahkan menghembuskan nafas terakhirnya selepas kereta dinaiki telah 'dihentam' sebuah keretapi. Pemuda berusia 24 tahun itu dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya bersama seorang lagi rakan yang cedera dalam kejadian tersebut.

Baru Keluar Rumah Lepas 4 Bulan Kahwin, Pemuda Temui Ajal 'Dihentam' Keretapi 2

Sebelum itu, Allahyarham Denu ada menunjukkan sikap yang sedikit pelik apabila tiba-tiba meminta maaf kepada ibunya sambil menangis teresak-esak. Malah, dia juga ada menyuruh si ibu untuk membacakan surah Yaasin malam itu di rumahnya.

Baru Keluar Rumah Lepas 4 Bulan Kahwin, Pemuda Temui Ajal 'Dihentam' Keretapi 3

Jejaka berkenaan yang sudah mendirikan rumah tangga 4 bulan lalu sebelum ini tinggal bersama ibunya. Namun kerana ingin berdikari, dia dan isteri telah berpindah keluar dari kediaman orang tua mereka untuk memulakan hidup baru.

Baru Keluar Rumah Lepas 4 Bulan Kahwin, Pemuda Temui Ajal 'Dihentam' Keretapi 4

Baru Keluar Rumah Lepas 4 Bulan Kahwin, Pemuda Temui Ajal 'Dihentam' Keretapi 5

Sumber: Tribunnews 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!