Skip to main content
Akhirnya Siti Sarah Pula Tampil Ceritakan Segalanya Tentang Kes Dia Dan Suaminya Shuib DipanggilSPRM

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin berkata dia dan suami, Shuib memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika memberikan keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram pada Khamis.

Kata Sarah, 36, dia dan suami telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan sebaiknya dan bersyukur proses siasatan berjalan lancar.

"Alhamdulillah syukur… kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia," katanya menerusi muat naik terbaharu di laman Instagram.

Sarah berkongsi perkembangan terkini selepas laporan dia dan Shuib dipanggil hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada petang Khamis berhubung perkara berkaitan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, pengurus pasangan itu iaitu Nana Mohamad Rom dalam satu kenyataan kepada media memberitahu penyanyi lagu Semakin itu hadir hanya untuk menemani suaminya dan tidak terlibat dalam siasatan tersebut.

"Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut untuk tidak mengganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita.Untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.

"Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan, " katanya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan supaya urusan pasangan ini dipermudahkan."Alhamdulillah kalau semua okay, nak jadi orang berjaya ni memang besar dugaan kena bersedia mental dan fizikal.

"Di Malaysia kita tak boleh kaya… bangsa sendiri PHD (dengki) tinggi, berniaga diam-diam sudah! Alhamdulillah sebab tu tak percaya korang terlibat… hasil penat lelah sendiri, mungkin ada yang dengki. Go Shuib, Sarah!," komen netizen.

Pada Khamis, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Selain mereka, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.

Kredit:MstarOnline