Skip to main content
Adakah Selangor Akan Kena ‘Lockdown’. Ini Jawapan DG Noor Hisham

Kuala Lumpur: "Belum ada perbincangan sama ada Selangor perlu 'lockdown' atau tidak," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, meskipun nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R naught (R0) bagi Selangor menunjukkan peningkatan iaitu 1.95, namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melaksanakan kawalan kesihatan awam untuk membendung penularan.

Katanya, kawalan dilakukan dalam kalangan kes positif yang dikesan dan kluster sedia ada.

"Kalau kita dapat laksanakan sebagaimana di Kedah, maka kita boleh kurangkan RO kepada 1.

"Tindakan (kawalan kesihatan awam) sedang aktif dijalankan di kawasan berkenaan. Setakat ini belum ada perbincangan untuk 'lockdown' kawasan itu," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemungkinan Selangor perlu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Terdahulu Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, peningkatan nilai R0 di Selangor disebabkan oleh kenaikan mendadak jumlah kes harian positif Covid-19 iaitu 10 hingga 15 kes berbanding sebelum ini iaitu dua hingga tiga kes.

Katanya, ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar sekiranya langkah-langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.