Skip to main content
Ada Pihak Yang Tidak Benarkan Ebit Lew Bantu Hantar Pelajar Pulang Ke Kampung. Ebit Lew Jelaskan Kenapa Dia Dihalang

Pendakwah terkenal, Ebit Lew menyewa beberapa bas bagi membantu membawa pulang penuntut yang terkandas di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Setakat ini menerusi perkongsian di Facebook (FB) rasminya, Ebit sudah menyewa bas untuk penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pulang ke Pantai Timur.

"Ramai pelajar mesej saya daripada pelbagai universiti disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online.

"Ramai juga yang baru daftar. Sayu dan kasihan sangat pada mereka semua. Merekalah pemimpin masa depan," katanya dalam hantaran FB dimuat naik semalam.

Malah, Ebit mengakui tanggungjawab itu dilakukan kerana menganggap penuntut seperti anaknya sendiri.

"Saya tolong sewakan bas bagi free (percuma) untuk mereka. Bas ini ke Pantai Timur dari UPSI," katanya yang turut memuat naik gambarnya mengurus kepulangan penuntut.

View this post on Instagram

Sayu ramai pelajar mesej saya dari pelbagai universiti. Disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online. Ramai juga yang baru daftar. Kasihan dengar. Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka. Banyak pelajar yang dm saya. Bas ini ke Pantai Timur dari upsi. Ramai lagi insyaAllah saya akan aturkan dari uitm, uthm, upsi dan banyak lagi. Yerlah keadaan semasa negara covid 19 meningkat. Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik. Dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi. Teringat dulu masa susah di universiti-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on Oct 3, 2020 at 6:12am PDT

Beliau turut memaklumkan sedang mengatur beberapa lagi bas sewa untuk menghantar penuntut lPT lain pulang ke kampung masing-masing, antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

"Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik. Syukur dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi. Teringat dulu masa susah di universiti," katanya.

Pihak Universiti Tidak Benar Ebit Lew Dan Ini Sebabnya

EBIT sempat berkongsi semangat dan nasihat kepada penuntut sebelum berlepas pulang. FOTO Ihsan FB Ebit Lew.

Kenyataan ini dipetik dari facebook page Ebit Lew.

Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice cancelor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.

Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas yang saya telah siapkan untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari.

Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid. Saya minta maaf saya salah.

Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan.

Terdahulu, Ebit dalam akaun Instagram turut meminta penuntut terkandas untuk menghubunginya segera susulan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya semua IPT menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal atau bersemuka berikutan peningkatan kes Cov19.

Sumber : HMETRO ONLINE / FB EBIT LEW