Skip to main content
Ada Dakwa Kereta Shuib Kena Sita, Pengurus Dedah Keadaan Terkini Shuib Lepas Apa Yg Terjadi

Beberapa keping foto kereta mewah yang difahamkan telah disi-ta Suruhanjaya Pencegahan Rasu-ah Malaysia (SPRM) telah pun tular di media sosial hari ini.

Meski tiada perincian yang dibuat, namun ramai mendakwa kenderaan berkenaan yang disita dipercayai berkait rapat dengan siasatan terhadap kes penggu-bahan wang h4ram dan sindiket Macau Sca-m.

Bagaimanapun speku-lasi lain turut timbul apabila ada yang mendakwa, salah satu foto kenderaan yang dimuat naik mirip kenderaan yang dimiliki pelawak dan penyampai radio, Shuib.

Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohd Rom ketika diminta mengulas mengenai perkara terbabit memohon maaf kerana tidak dapat membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan tersebut.

Nana Mohamad turut menjelaskan, Shuib akan menjelaskan beberapa perkara termasuk spekulasi yang tular di media sosial selepas urusannya dengan SPRM selesai.

"Maaf, buat masa ini kami tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berkaitan hal tersebut memandangkan kes ini masih dalam sia-satan SPRM.

"Kami harap semua pihak faham atas situasi yang berlaku.

"Betul atau tidak itu kereta Shuib sebagaimana yang didakwa, biarlah orang di luar terus berspek-ulasi," katanya.

Kehidu-pan Terkini Shuib

Ditanya mengenai kehidupan Shuib serta isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah, Nana memberitahu keduanya tetap meneruskan kerja seperti biasa.

"Shuib masih kerja macam biasa, begitu juga dengan Sarah. Komitmen sedia ada masih lagi diteruskan tanpa ada apa-apa masalah.

"Terima kasih atas doa dan semangat positif yang diberikan," katanya ketika dihubungi MH.

Sebelum ini, Indigital Music menerusi satu kenyataan memaklumkan artis mereka, Siti Sarah Raissuddin hanya menemani suaminya, Shuib Sepahtu ketika pelawak itu hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, pada Khamis.

Selebriti itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang h4ram.

Media sebelum ini turut melaporkan, SPRM telah membeku kira-kira 750 akaun milik ahli sindiket Macau Scam dan Perj-udian melibatkan nilai RM75 juta.

Selain itu, SPRM turut menyita rumah serta 24 kereta mewah milik lapan individu yang ditahan baru-baru ini termasuk lima daripadanya adalah milik seorang lelaki bergelar datuk.

Sejak beberapa hari lalu, individu yang menjadi dalang kepada Macau Sca-m di Malaysia telah berjaya dit4han pihak polis.

Mereka didakwa menggunakan golongan artis bagi 'mencuci duit' dengan melabur di dalam perniagaan yang diusahakan selebriti.

Rata-rata siap banding membandingkan dan ada juga mengatakan selain daripada kereta itu, ada juga kereta lain yang seakan serupa dengan kereta milik Shuib. Alamak betul ke ni…

Apa-apapun perkara ini masih belum dapat sahihkan lagi sama ada betul kenderaan-kenderaan di atas ialah milik Shuib dan Sarah.

Harapnya Shuib dapatlah menjawab persoalan netizen ramai atau kita tunggu saja update daripada pihak SPRM berkaitan isu ini.

"Saya bukan alim sangat tapi ada pegangan" – Shuib rujuk ustaz, tak sanggup lihat ibu mena-ngis setiap hari!

SETELAH hampir 10 tahun bergelar anak seni, pelawak Shuib mengakui hidupnya tidak pernah sunyi dengan kecaman dan kritikan daripada netizen.

Menurut Shuib, kecaman yang ditulis netizen itu sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada keluarga terutama ibu serta isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raisuddin.

"Saya pernah kena hentam di media sosial kerana beberapa isu… kalau saya salah cakap saya akui dan minta maaf, tapi bila dah viral orang akan terus bercakap.

"Saya terima ke-caman itu dan tak cepat melatah… paling teruk emak dan isteri menangis dan bertanya mengenai isu tersebut sehingga saya terpaksa fahamkan mereka semula.

"Saya bila ada masalah akan rujuk semula dengan ustaz dan pakar motivasi untuk beri semangat kepada saya. Apa-apa pun kita percaya dengan ketentuan Allah dan yakin dengan apa yang kita buat!, " katanya.