Skip to main content
7 Bulan Terkandas Di Singapura Kerana C0VlD19 Dan Akhirnya Dia Pulang. Kejutan Dibuat Untuk Isteri Memang Buat Ramai Sebak

Setelah hampir 7 bulan tidak bertemu isteri dan anak-anak kerana terkandas di Singapura ekoran wabak Covid-19,  seorang lelaki yang dikenali dengan nama Eddie Dieana bersyukur akhirnya dia dapat disatukan kembali bersama keluarga tersayang.

Lebih menyentuh hati apabila dia turut merancang melakukan 'surprise' kepulangannya itu kepada si isteri.

7 bulan terkandas di Singapura

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah SWT. Dengan limpah kurnianya dapatlah lagi sekali saya balik ke rumah saya setelah hampir 7 bulan terkandas di Singapura. Sujud syukur saya di hadapan rumah mak. Alangkah indahnya saat ni. Selalu saya bercerita saat indah dan saat sedih orang lain. Tapi hari ni. Saya berkongsi detik manis buat diri saya sendiri.

Saya pulang bukan lah saya mengalah dan berhenti tetapi, saya pulang sementara untuk bercuti selama 3 minggu dibawah skim PCA. Dan company telah luluskan permohonan saya. Tetapi saya perlu mengikut syarat yg ditetapkan company untuk pulang. Iaitu perlu SHN di hotel yg telah di tetapkan.

Kos swab test di Malaysia RM 200. Swab test di Singapura $186 dan hotel yang telah ditetapkan bernilai $1050 untuk 7 hari apabila pulang ke Singapura nanti. Walaupun kos untuk pulang agak mahal. Tapi saya redha dan saya terima.

Asalkan saya dapat bersama keluarga saya. Duit boleh cari, tapi rasa rindu ni dah tak tertanggung sebabtu saya pulang.

Saya baru sahaja block isteri saya dari FB. Sebab saya nak suprisekan dia yang saya pulang.

Pasti dia akan gembira melihat saya tiba dirumah kelak. Saya nak tunggu sehingga dah disahkan negatif dan dah potong gelang baru lah saya pulang dan lihat isteri serta anak-anak.

Buat sementara waktu ni saya akan kuarantin kan diri saya di rumah mak saya kerana ada bilik kosong disana dan bolehlah saya self kuarantin disitu.

Mintak jasa baik adik beradik. Ipar duai dan adik beradik wife semua supaya rahsiakan post ni dari dia. Harap kawan-kawan yang lain pon jangan citer dekat dia dulu tau.

'Dapatlah bertemu dengan anak dan isteri'

Alhamdulillah, Sujud syukur. Akhirnya segala penantian Berakhir di sini. Akhirnya berjaya suprisekan wife.

Walaupun masa dekat pintu pagar dia macam dah perasan muka saya. Mungkin sebab dia kenal sweater tu.

Dua tiga kali wife tanya "betul ke, betul ke". Sebab tu saya tepuk pipi dia cakap yang dia bukan bermimpi ini betul-betul. Setelah disahkan negatif Covid-19 petang tadi. Dapatlah saya bertemu anak dan isteri saya.

Rindu yang teramat sangat hanya tuhan yang tahu. Tengok anak kecil saya, mereka semua takut melihat saya kerana mereka anggap saya orang asing sebab dah lama tak jumpa.

Video emak saya melihat saya dalam keadaan terkejut pula tidak dapat saya kongsikan kerana mak saya tak sempat pakai tudung.

Mak saya menangis sambil melutut dan menadah tangan berdoa kepada Allah. Berlinang air mata seorang ibu yang penuh dengan kerinduan.

Tak putus-putus mulut beliau mengucapkan rasa syukur. Beliau seperti tidak sangka kepulangan saya setelah dua kali raya dan hampir tujuh bulan tak dapat pulang.

Sumber: Eddie Dieana via Oh Bulan