Skip to main content
432 kes baharu Covid-19, tertinggi pernah direkodkan. Ini kenyataan Dr Noor Hisham

Putrajaya: Penu-laran Covid-19 dalam negara terus menunjukkan angka tinggi dengan merekodkan 432 kes hari ini, iaitu jumlah paling tinggi direkodkan di negara ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan w4bak itu sebanyak 12,813 kes dengan kebolehjangki-tan men-ingkat kepada 2,336 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu, hanya tiga kes import membabitkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Beliau berkata, daripada 432 kes penularan di dalam negara, 409 kes dikesan dalam kalangan warganegara dan 20 kes bukan warganegara.

Katanya, ada 57 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,340 kes.

"Sehingga kini, 32 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, tiada kematian berkaitan jang-kitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kemati-an kekal 137 kes.

Mengiktu data yang di kongis, Kedah mencatatkan pertambahan yang ketara dengan pertambahan 241 kes

Menteri Agama Datuk Dr. Zulkifli posit-if COV-ID-19

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan dirinya kini menerima raw4tan selepas disahkan positif Cov-id-19.

"Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan pos-itif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik," katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covi-d-19 di klinik kesihatan dengan segera.

"Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada Covi-d-19. Insya-Allah," katanya.

Beliau yang dijadualkan merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ar Rahnu YaPEIM di ibu negara hari ini juga tidak hadir pada program berkenaan.