Skip to main content
260 kes baru, tertinggi sejak Jun. Dr Hisham jelaskan kes banyak dari mana

Kes baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini adalah sebanyak 260 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jangki-tan baru ini merupakan yang tertinggi sejak 4 Jun lalu yang mencatatkan 277 kes ketika itu.

Sabah paling tinggi

Sabah terus mencatatkan jang-kitan tertinggi dengan 118 kes baru, diikuti Kedah dengan 98 kes, Kuala Lumpur (14 kes) dan Selangor (13 kes).

Sementara itu, sebanyak 31 kes penularan tempatan melibatkan mereka yang pernah ke Sabah.

Covid-19: K'jaan laksana kawalan rentas daerah seluruh Sabah

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini memutuskan untuk melaksanakan kawalan rentas daerah di seluruh negeri Sabah yang akan berkuatkuasa mulai jam 12:01 malam nanti.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kanan (Kes-elamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata arahan itu akan berkuat kuasa bermula 3 Oktober hingga 16 Oktober.

"Namun begitu, perkhidmatan perlu (essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perub-atan, keselamatan dan lain-lain adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

"Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan akan tamat tempoh ku-arantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan," katanya

'Mula-mula kata nega-tif, sekarang positif pula' – Adun Ayer Limau

Ayer Keroh: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mendakwa ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah sejurus pulang dari Sabah pada Sabtu lalu adalah neg-atif.

Namun, beliau berkata, empat hari selepas itu (semalam), pihak PKD Alor Gajah menghubunginya dan memaklumkan ujian itu positif pula.

"Selepas dimaklumkan negatif oleh PKD Alor Gajah, saya diminta hadir memotong gelang merah jambu pada Selasa lalu. Tiba-tiba semalam, saya dimaklumkan ujian positif pula, walhal saya sudah melakukan beberapa urusan peribadi dan pejabat yang tertangguh.

"Apa pun, pihak PKD Alor Gajah sudah mengaku kesilapan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Antara lokasi yang dikunjungi Amiruddin semalam ialah Kompleks Seri Negeri, di sini, bagi menjalankan beberapa urusan kerja selain berada kafe kompleks berkenaan.

Susulan itu, pusat pentadbiran kerajaan negeri itu ditutup serta-merta bagi membolehkan kerja sanitasi dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, sepasukan anggota kesihatan ke kediamannya petang semalam dan membawanya ke hospital untuk tindakan lanjut.

"Semalam jam 4.30 petang pasukan perubatan datang ke rumah dan membawa saya ke hospital dengan menaiki ambulans.

"Susulan itu, isteri dan anak saya juga melakukan 'swab test' dan menunggu keputusan selain perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah," katanya.

Amirudin berkata, dua anaknya yang dijadual mendaftar masuk ke in