Skip to main content
2 Tahun Menanti Kiriman Agung, Fazura Akhirnya Selamat Bersalin Puteri Sulung

Sharing is caring!

Sekitar bulan April yang lalu, para peminat akui sangat teruja apabila Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura binti Sharifuddin mengumumkan dirinya hamil empat bulan. Setelah 2 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama Fattah Amin selepas diijabkabulkan pada 27 November 2017 lalu, akhirnya berita baik telah pun tiba.

BACA: Fazura Nangis Di Birthday Party Masa Hamil 8 Bulan , Gaun Putih Jadi Perhatian

Menerusi muat naik terbaru di akaun Instagram miliknya, pelakon drama 'Pink Smile' memaklumkan bahawa Fazura telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada hari Jumaat yang mulia ini. Sambil memuat naik foto yang memaparkan tangan bayi perempuan berkenaan, Fattah menyifatkan kehadiran tersebut sebagai pengikat kebahagiaan rumah tangga.

2 Tahun Menanti Kiriman Agung, Fazura Akhirnya Selamat Bersalin Puteri Sulung

Pelakon lelaki berusia 30 tahun tersebut juga harap semua pihak terutamanya para peminat faham bahawa mereka perlu tempoh 7 hari sebelum dedahkan nama serta wajah cahaya mata tersebut. Hal ini demi mengikut sunnah yang dianjurkan dalam agama Islam. Dalam pada itu, Fattah dan Fazura juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang selalu mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka. Menjengah di ruang komen, nyata ia dibanjiri dengan ucapan tahniah rakan artis serta netizen.

Sumber: IG fattahaminz

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!