Skip to main content
16 Daerah Dalam Selangor Ini Telah Masuk Dalam Zon Merah

SHAH ALAM – Sebanyak 16 daerah di enam mukim di Selangor dikategorikan sebagai zon merah sehingga semalam.

Pasukan Khas Covid-19 Selangor (STFC) dalam kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan kesemua daerah itu melibatkan Kapar, Klang, Ampang, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Semenyih, Bukit Raja, Damansara, Petaling dan Sungai Buloh.

Katanya, lima lagi kawasan adalah Batu, Hulu Klang, Dengkil, Labu dan satu kawasan di Kuala Langat.

"Setakat pukul 12 tengah hari semalam sebanyak 10 kes baharu melibatkan 10 kes tempatan dicatatkan di negeri ini.

"Secara keseluruhan sebanyak 2,271 kes Covid-19 dicatatkan di seluruh Selangor dengan 24 kematian direkodkan setakat ini," katanya di sini.

STFC menjelaskan negeri ini merekodkan 53 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain dan 39 kes melibatkan individu yang mendapatkan jangkitan di negeri lain.

Ujarnya, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (RO) bagi Selangor juga lebih tinggi daripada Sabah setakat ini.

"Hal ini sangat memerlukan kepatuhan standard prosedur operasi ( SOP) pada tahap tinggi bagi menurunkan semula jangkitan di Selangor termasuk penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan," katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah semalam dipetik berkata, RO bagi negeri Selangor meningkat ke angka 1.95 berbanding 0.8 pada 15 September lalu, paling tinggi dalam tempoh dua minggu ini

Sumber : Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.