Skip to main content
15 Tahun Penantian Terkubur, Wanita Sarat Hamil Kembar Keguguran Dalam Nahas

Sharing is caring!

Hati ibu mana yang tidak luluh apabila anak di dalam kandungan menemui ajal sebelum sempat dilahirkan ke dunia. Keperitan yang dirasai itu tidak mungkin dapat dibayangkan. Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita di Indonesia ini apabila cahaya mata kembarnya terkorban dalam sebuah nahas jalan raya.

BACA: [VIDEO] Dibuang Tepi Jalan Masa Bayi, Kini Membesar Dengan Kacak-& Strong Boy

Menerusi laporan SuaraJogja.id, kejadian berkenaan berlaku sewaktu wanita yang dikenali sebagai Munipah dan suaminya Duri dalam perjalanan untuk menjual hasil kutipan sampah. Kenderaan yang dinaiki telah 'dihentam' dari belakang sehingga menyebabkan kedua-duanya tercampak sebelum pemandunya melarikan diri.

15 Tahun Penantian Terkubur, Wanita Sarat Hamil Kembar Keguguran Dalam Nahas 2

Dalam tragedi tersebut, kedua-dua cahaya mata mereka disahkan sudah tidak bernyawa selepas si ibu mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala. Apa yang lebih menyedihkan adalah, zuriat tersebut sudah dinanti-nantikan oleh suami isteri berkenaan hampir 15 tahun.

15 Tahun Penantian Terkubur, Wanita Sarat Hamil Kembar Keguguran Dalam Nahas 3

Walau bagaimanapun, mereka berdua bertindak untuk tidak melaporkan pemandu yang telah menyebabkan nahas tersebut kepada pihak berkuasa. Suami isteri itu turut memberitahu tidak perlu permohonan maaf kerana baginya apa yang sudah terjadi pasti akan ada balasannya suatu hari nanti.

15 Tahun Penantian Terkubur, Wanita Sarat Hamil Kembar Keguguran Dalam Nahas 4

Sumber: JogjaSuara.id

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!