Skip to main content
10 Tahun Hidup Dalam Timbunan Sampah, Cikgu Pencen Tak Terurus Ditinggal 3 Anak

Sharing is caring!

Sekali pandang tak ubah seperti tapak pelupusan sampah. Namun siapa menyangka, rupa-rupanya ruangan yang dipenuhi dengan timbunan plastik, tin kosong serta sisa makanan ini sebenarnya dihuni seorang cikgu pencen. Malah hanya ada laluan 'cukup-cukup badan' saja membolehkan dia bergerak setiap hari.

BACA : Pengorbanan Tak Ternilai, Bapa Nekad Kutip Teddy Bear Di Tong Sampah Demi Anak

Menderita masalah mental, wanita berusia lingkungan 60-an itu dikatakan akan keluar berbasikal bagi mengutip sampah di premis-premis berhampiran untuk dibawa pulang sejak 10 tahun lalu. Menurut penduduk setempat, warga emas tersebut akan memanjat 'bukit' sampah terlebih dahulu untuk memasuki rumah dua tingkat miliknya.

10 Tahun Hidup Dalam Timbunan Sampah, Cikgu Pencen Tak Terurus Ditinggal 3 Anak 2

10 Tahun Hidup Dalam Timbunan Sampah, Cikgu Pencen Tak Terurus Ditinggal 3 Anak 3 Kredit Foto : Sinar Harian

Selain bau yang sangat busuk, mereka juga terpaksa berhadapan dengan masalah nyamuk. Lebih teruk lagi apabila salah seorang daripada penduduk setempat menderita demam denggi. Meskipun pernah beberapa kali ditegur oleh jiran tetangga, namun wanita terbabit hanya mengendahkan.

10 Tahun Hidup Dalam Timbunan Sampah, Cikgu Pencen Tak Terurus Ditinggal 3 Anak 4 Kredit Foto : Sinar Harian 10 Tahun Hidup Dalam Timbunan Sampah, Cikgu Pencen Tak Terurus Ditinggal 3 Anak 5 Kredit Foto : Sinar Harian

Difahamkan, pesara kerajaan berkenaan mempunyai tiga anak tetapi ditinggalkan sendirian sehingga tidak terurus. Mereka bagaimanapun berharap agar ahli keluarga wanita terbabit tampil bertanggungjawab dengan membawanya mendapatkan rawatan.

10 Tahun Hidup Dalam Timbunan Sampah, Cikgu Pencen Tak Terurus Ditinggal 3 Anak 6 Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Sinar Harian

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!