Skip to main content
Zamani, Zynakal kehilangan orang yang tersayang akibat jangk1itan kvman

IBU kepada penyanyi dan komposer muda, Zynakal iaitu Zuraidah Ibrahim meni-nggal dunia di sebuah pusat perub-atan di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Allahyarham yang juga merupakan kakak kepada Zamani daripada kumpulan Slam menghemb-skan n4fas terakhir kira-kira pukul 1 petang akibat jangk-itan ku-man dan kompli-kasi buah pi-nggang.

Pengurus kepada Zynakal dikenali sebagai Mad memaklumkan Allah-yarham Zuraidah menerima ra-watan di hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Sebelum itu, Zynakal ada berkongsi foto memegang tangan ibunya di atas katil hospital dan mengharapkan orang mendoakan kesihatan ibunya menerusi laman Instagram.

"Bukan sekarang masanya kau pergi, kau lagi kuat daripada apa yang aku tahu. Aku harap ramai mendoakanmu ibu," tulisnya.

Zynakal merupakan anak saudara kepada Zamani Slam.

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, sahabat baik Zamani dikenali Babah Lan memaklumkan penyanyi lagu Syair Si Pari-Pari itu berada di Pulau Pinang dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

"Zamani sebenarnya sudah bertolak ke Pulau Pinang kerana terbabit dengan satu persembahan bersama Ameng, hari ini.

"Sebaik menerima berita ini, penganjur segera membelikan dia tiket penerbangan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

"Kami belum pasti masa tepat ketibaannya dan akan menunggunya untuk urusan lanjut. Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan selepas ini akan di bawa ke masjid Taman Keramat," katanya.

Allahyarham Zuraidah juga menguruskan syarikat pengurusan Zamani iaitu ZIME Production.

Biodata Zynakal, Penyanyi Lagu Terbang

Nama penuh: Muhammad Raziq Rosli

Nama pentas: Zynakal

Umur: 20 tahun (2018)

Syarikat rakaman: Virtuosity Production

Media sosial: Instagram @zynakal

Fakta Menarik

1. Sebelum bergelar penyanyi rakaman, Zynakal selesa bekerja di belakang tabir dan pernah mencipta beberapa lagu popular seperti Sabar (Ismail Izzani), Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli) dan Terasa Cinta (Fara Hazel dan Aiman Tino).

2. Di laman Instagram, beliau ada memberi bayangan bahawa dirinya dan penyanyi Ismail Izzani mempunyai hubungan adik-beradik berlainan ibu.

3. Baru sahaja melancarkan single pertama berjudul Terbang pada 19 September lalu.

4. Acara pelancaran itu menarik perhatian ramai apabila beliau menerbangkan wartawan Malaysia ke lokasi majlis yang berlangsung di Galle Face Hotel, Sri Lanka.

5. Menariknya, hanya selepas sejam video muzik Terbang dimuatnaik di laman Youtube telahpun mencecah 10,000 tontonan dan sehingga kini mengumpul lebih 330,00 tontonan iaitu dalam 3 hari sahaja!

6. Ramai tak tahu yang Zynakal merupakan anak saudara kepada penyanyi terkenal Zamani Slam.