Skip to main content
Zahid Hamidi Dedahkan Dia Negatif C0VlD Selepas Pulang Dari Sabah. Najib Razak Sedang Menunggu

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluahkan kelegaan selepas disahkan negatif daripada wabak COV-19 dalam ujian kali kedua dilakukannya.

Perkara itu dikongsikan beliau sendiri di laman Twitternya.

" Saya sedang dikuarantin di rumah. Pagi ini saya didatangi sekali lagi oleh 2 orang pegawai KKM secara mengejut. Ujian rapid test kit antibody D13 telah dilakukan. Keputusannya akan diperolehi sebentar lagi" – Zahid Hamidi

Saya sedang dikuarantin di rumah. Pagi ini saya didatangi sekali lagi oleh 2 orang pegawai KKM secara mengejut. Ujian rapid test kit antibody D13 telah dilakukan. Keputusannya akan diperolehi sebentar lagi. pic.twitter.com/ZZTpnkWavd

— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) September 27, 2020

Test telah selesai. Keputusannya negatif. Alhamdulillah….

Test telah selesai. Keputusannya negatif. Alhamdulillah…. pic.twitter.com/9FHWyPFenk

— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) September 27, 2020

Presiden UMNO itu sebelum ini dilaporkan perlu menjalani kuarantin wajib susulan dikenal pasti antara kontak rapat kepada dua pemimpin kanan UMNO yang telah pun disahkan dijangkiti COVID-19 iaitu Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razlan Rafii.

Selain itu, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Pitas Sufian Abdul Karim turut disahkan positif COV19 semalam.

NAJIB RAZAK SEDANG 'TEST'

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi di laman Instagramnya bahawa beliau turut diwajibkan menjalani ujian COV19.

View this post on Instagram

Apapun, utamakan kesihatan diri dan yang tercinta. Kita jaga diri kita, demi orang yang mendekati kita juga. Saya dah buat ujian Covid-19. Harap-harap negatif. Tiada apa-apa simptom setakat ini, sihat Alhamdulillah.

A post shared by Najib Razak (@najib_razak) on Sep 26, 2020 at 6:00pm PDT

Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan aktiviti saringan akan dijalankan kepada semua individu yang baru tiba dari Sabah di semua Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa).

Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COV-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian risi.ko penularan jangki.tan pada masa tersebut dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum.

Sumber : ASTRO AWANI