Skip to main content
[VIDEO] Umur Baru 16 Tahun, Tapi Gadis Dah Ditinggal Suami Lepas Bersalin

Sharing is caring!

Selain berkahwin, kehamilan dan bersalin adalah antara detik yang sangat menggembirakan sepanjang melayari bahtera rumah tangga. Namun tatkala kita sedang bergembira menerima kehadiran ahli keluarga baru, jangan dilupa bahawa ada sesetengah pihak yang tak bernasib baik seperti yang berlaku di Indonesia ini.

BACA: Isteri Tengah 'Azab' Bersalin Anak Ke-5, Suami Lari Pergi Dengan Perempuan Lain

Baru-baru ini, pengguna akaun dikenali sebagai Patricia Tracy ada memuat naik sebuah video yang tentang seorang rakannya yang baru saja bergelar ibu muda. Namun apa yang mengejutkan adalah dia mendakwa gadis berusia 16 tahun terbabit ditinggalkan oleh suami walaupun baru sahaja melahirkan anak. Gara-gara perkara tersebut, Patricia dan beberapa rakan bertandang ke rumah gadis malang tersebut bagi memberikan sokongan moral terhadapnya. Dalam ucapannya itu, dia turut berharap agar kawan baiknya itu kuat demi bayi yang baru ingin mengenal dunia tersebut.

😱😱😱😱😱 pic.twitter.com/bX8EOK0f3Y

— 🚽 Tontonan Saat Berak 🚽 (@repvblikvideo) September 27, 2020

Selain menjadi tular di laman Twitter serta TikTok, video berdurasi 14 saat itu nyata mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Selain bersimpati terhadap nasib 2 beranak tersebut, mereka turut mengkritik tindakan melulu suami kepada gadis tersebut. Dalam pada itu, ada juga yang turut menegur warna kulit bayi berkenaan kerana tampak seperti berwarna kekuningan.

[VIDEO] Umur Baru 16 Tahun, Tapi Gadis Dah Ditinggal Suami Lepas Bersalin

[VIDEO] Umur Baru 16 Tahun, Tapi Gadis Dah Ditinggal Suami Lepas Bersalin

[VIDEO] Umur Baru 16 Tahun, Tapi Gadis Dah Ditinggal Suami Lepas Bersalin

Sumber: Twitter repvblikvideo

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!