Skip to main content
[VIDEO] Tiada Dalam Gambar Kahwin, Nad Zainal Kalut Nak Jawab Soalan Anak

Sharing is caring!

Nama pelakon kecil molek, Nad Zainal sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Selebriti tersebut sering berkongsi perkembangan terbaru mengenai kerjaya dan ahli keluarga di media sosial terutamanya keletah anak lelakinya. Fahad Ibrahim atau sering dipanggil Yem kini berusia 4 tahun dan sering menjadi perhatian dengan celotehnya yang bijak.

BACA: "High Taste Sungguh" – Reaksi Anak Nad Zainal Bila Jumpa Kilafairy, Lucu Habis

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Yem sedang melihat foto-foto lama ibu bapanya sewaktu awal berkahwin dulu. Walau bagaimanapun, kanak-kanak berkenaan sempat bertanyakan satu soalan cepumas.

[VIDEO] Tiada Dalam Gambar Kahwin, Nad Zainal Kalut Nak Jawab Soalan Anak

[VIDEO] Tiada Dalam Gambar Kahwin, Nad Zainal Kalut Nak Jawab Soalan Anak

Dengan nada sedih, Yem mempersoalkan mengapa dirinya tidak turut serta dalam gambar berkenaan. Artis wanita tersebut pada mulanya mengambil jalan selamat dengan mengatakan anaknya masih tiada pada waktu itu kerana rohnya masih belum diturunkan ke dunia. Masih belum berpuas hati dengan jawapan diberikan, si ayah pula berseloroh dengan mengatakan dirinya masih belum dirancang atau dibuat pada masa itu.

[VIDEO] Tiada Dalam Gambar Kahwin, Nad Zainal Kalut Nak Jawab Soalan Anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan jawapan yang telah diberikan suami kepada Nad Zainal itu. Di samping itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman sama apabila perlu menjawab soalan sebegitu daripada anak-anak.

 [VIDEO] Tiada Dalam Gambar Kahwin, Nad Zainal Kalut Nak Jawab Soalan Anak

[VIDEO] Tiada Dalam Gambar Kahwin, Nad Zainal Kalut Nak Jawab Soalan Anak

[VIDEO] Tiada Dalam Gambar Kahwin, Nad Zainal Kalut Nak Jawab Soalan Anak

Sumber: Instagram Nad Zainal 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!