Skip to main content
[VIDEO] Terlebih Tebar, Pemuda ‘Garu Kepala’ Roti Canai Sangkut Atas Kipas

Sharing is caring!

Mungkin nampak senang, hakikatnya penyediaan roti canai bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana, teknik tebaran juga boleh menentukan kesedapan hidangan itu sendiri. Kalau tersalah cara menebarnya, tak mustahil akan berlaku insiden melucukan seperti dialami oleh pemuda ini.

BACA : "Ayah Hang.." -Prank Minta Mak Sponsor Majlis Kahwin, Gadis Terciduk Kena Sound

Baru-baru ini, video kehebatan aksi penebar roti canai di sebuah gerai telah mencuri perhatian ramai. Menerusi rakaman berdurasi seminit itu, menyaksikan pemuda berkenaan sedang ligat menunjukkan bakat menebar roti canai sebelum menerbangkannya. Namun siapa sangka, suasana bertukar kecoh apabila hidangan tersebut melayang tinggi dan tersangkut di atas kipas siling.

[VIDEO] Terlebih Tebar, Pemuda 'Garu Kepala' Roti Canai Sangkut Atas Kipas

Bertambah melucukan lagi apabila roti canai itu langsung tidak jatuh, sebaliknya ikut berpusing di atas kipas tersebut. Selain si perakam, kejadian tidak disangka-sangka itu turut mengundang tawa  beberapa pekerja dan pelanggan di premis berkenaan.

@jackjibril

Maafkan sy diatas kesulitan y dihadapi 🤣🤣🤣🤣baru nak tunjuk skill🤣#teamroticanai #fypシ#like

♬ bunyi asal – J4ckjibril – J4ckjibril

Meraih lebih satu juta tontonan sejak dikongsikan kepada umum, rakaman yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu turut dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Di samping terhibur menyaksikan respon spontan lelaki berkenaan, rata-rata mereka berseloroh mengenai tragedi 'roti canai terbang' itu.

[VIDEO] Terlebih Tebar, Pemuda 'Garu Kepala' Roti Canai Sangkut Atas Kipas

[VIDEO] Terlebih Tebar, Pemuda 'Garu Kepala' Roti Canai Sangkut Atas Kipas

[VIDEO] Terlebih Tebar, Pemuda 'Garu Kepala' Roti Canai Sangkut Atas Kipas

Sumber : TikTok jackjibril

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!