Skip to main content
[VIDEO] Selamba Curi Kereta Di Pam Minyak, Suspek Rupanya Ada Rekod Lampau

Sharing is caring!

Sejak semalam, kecoh di media sosial berkenaan satu insiden kecurian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Temerloh. Menerusi penelitian kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, kelihatan suspek yang lengkap memakai hoodies berwarna kelabu meluru masuk ke dalam sebuah kenderaan ketika si pemilik sedang mengisi minyak.

BACA : Tidur Dalam Kereta Aircond Terpasang & 2 Gadis Ajal, Sepasang Kembar Kritikal

Suspek berjaya melarikan kenderaan milik seorang pelajar berusia 20 tahun yang ditinggalkan dalam keadaan enjinnya masih hidup. Gara-gara lambat menyedari kehadiran suspek, gadis berkenaan dilihat hanya sempat memegang pintu kereta sahaja sebelum tergolek jatuh. Insiden itu dipercayai berlaku sekitar jam 8 pagi semalam bagaimanapun turut disaksikan sendiri oleh beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Menerusi laporan Harian Metro, suspek berjaya ditahan pihak polis di Subang Jaya kira-kira jam 1 petang pada hari yang sama. Berdasarkan siasatan lanjut mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan barang terlarang.

[VIDEO] Selamba Curi Kereta Di Pam Minyak, Suspek Rupanya Ada Rekod Lampau

[VIDEO] Selamba Curi Kereta Di Pam Minyak, Suspek Rupanya Ada Rekod Lampau

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman memaklumkan bahawa suspek kemudian dibawa ke IPD Temerloh untuk siasatan lanjut. Malah beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran setiap kali berurusan di stesen minyak bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

[VIDEO] Selamba Curi Kereta Di Pam Minyak, Suspek Rupanya Ada Rekod Lampau

Sumber : Facebook Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!