Skip to main content
(Video) “Sedekahkan Al-Fatihah kalau saya ‘pergi’ – M Daud Kilau

BAGAN DATUK: Kalau sudah namanya seniman, dalam apa situasi sekalipun, kecintaan pada seni tidak pernah pudar.

Apa lagi selepas lebih lima dekad lamanya berjuang di pentas menghiburkan masyarakat, rutin itu bagaikan terapi buat anak seni seperti seniman terbilang negara, Datuk M Daud Kilau.

Namun, kegemilangan dan kemasyhuran yang pernah dijulang beliau dahulu, kini semuanya bagaikan tiada erti lagi buatnya.

Sinonim dengan gelaran Raja Gelek Malaysia, kehidupan M Daud Kilau yang selesa disapa Pak Daud hari ini sudah berbeza.

Seiring dengan usianya yang sudah mencecah 82 tahun, kudrat anak jati kelahiran Bagan Datuk, Perak ini semakin terbatas.

Keadaan kes1hatannya semakin uzvr sejak 2016 selepas mengidap k0mplikasi bvang air kecil.

Sejak itu, beliau terus diduga dengan ujian peny4kit-peny4kit lain seperti kenc1ng manis, kebas tangan dan kaki selain sakit p1nggang, keadaan jantvng yang tidak stabil.

Bahkan, pendengaran sebelah telingannya juga sudah semakin mer0sot dan sekiranya mahu ke biik air, Daud perlu dip4pah ahli keluarganya.

"Hendak berjalan pun sudah tidak lalu sangat, solat juga atas bangku. Saya bergantung dengan ubat, dua tiga bulan sekali akan ke Klinik Kes1hatan Bagan Datuk untuk pemeriksaan kes1hatan.

"Saya kini banyak menghabiskan masa dan s1sa hidup mencari saham akh1rat," katanya mendedahkan uji4n yang sedang dilaluinya kepada sekumpulan wartawan yang menzi4rahi beliau di kediamannya di Kampung Sungai Balai Baruh, dekat sini, pada Rabu.

M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek itu tinggal bersama isterinya, Datin Rohani Awang Ngah, 63, dan seorang anak lelaki.

Sekalipun, sedang melalui kehidupan yang serba menc4bar, namun, jauh di sudut hati, M Daud tidak pernah melupakan peminat-peminat yang selama ini menjadi tunggak kejayaannya dalam gelanggang seni.

Kata M Daud yang pernah menjuarai Bintang Radio 1968, beliau sentiasa medoakan peminat-peminatnya berada dalam keadaan yang baik.

"Saya doakan semua panjang umur dan murah rezeki, doakan juga Daud Kilau lekas baik.

"Kalau tak baik tidak apa (tapi) kalau saya 'pergi', doakan selamat pergi dan sedekahkan Al-Fatihah," kata pengibur legenda tanah air itu lagi.

Sejak kevzuran, M Daud berkata, kerjaya seninya turut terhenti kerana beliau tidak mampu untuk memenuhi undangan nyanyian baik di dalam mahupun di luar negara.

Mengakui masih rindu untuk beraksi di pentas sambil menggayakan lebih 100 helai baju-baju penuh dengan labuci yang menjadi identitinya, M Daud berkata, beliau sedia memenuhi jemputan sekiranya kes1hatannya mengizinkan.

"Saya sayang dan merindui peminat saya. Kalau kes1hatan sudah baik, Insya-Allah akan memenuhi undangan dan bertemu mereka," ujar bapa kepada dua orang anak dan sembilan cucu ini lagi menyambung perbualan.

Terdahulu, dalam pertemuan yang sama, seniman sepanjang zaman itu turut menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin.

M Daud Kilau turut menerima bantuan awal daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Mohd Akmal.

Menurut Mohd Akmal, kerajaan negeri melalui agensi berkaitan akan melihat bantuan yang bersesuaian untuk penyanyi veteran itu.

"Kita prihatin dengan keadaan kes1hatan Datuk M Daud Kilau yang uzvr ketika ini dan Baitulmal akan membuat pemeriksaan lanjut untuk melihat bentuk bantuan yang akan disalurkan nanti," kata beliau.

Sumber: Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.