Skip to main content
[VIDEO] “Sampai Merah Muka”-Diasak Pasal Neelofa, Jawapan PU Riz Dipuji Bijak

Sharing is caring!

Minggu lepas kecoh di media sosial dengan video serta foto penampilan PU Riz di majlis pernikahan adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa. Nama kedua-dua selebriti ini siap menjadi trending di Twitter dan menjadi bualan hangat untuk beberapa hari. Namun semalam rancangan 'Melodi' akhirnya telah berjaya mendapatkan kenyataan daripada pendakwah tersebut.

BACA: Hubungan 5 Tahun Putus Kerana Orang Ketiga, Ex-Girlfriend PU Riz Buka Mulut?

Dalam temubual berkenaan, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Muhd Ismail telah menepis dakwaan dan menjelaskan bahawa hubungan rapat mereka bukanlah kerana sudah menjalinkan percintaan. Namun sebenarnya, pertalian dua individu ini menjadi akrab memandangkan sama-sama bekerja selain terlibat sebagai jurucakap bagi sebuah pertubuhan milik wanita itu.

[VIDEO]

[VIDEO]

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian adalah cara pemuda berusia 25 tahun berkenaan menjawab soalan  daripada wartawan. Kata-kata yang diluahkan disusun dengan penuh cantik dan bijak menjawab supaya tidak timbul sebarang kontroversi tanpa menyakitkan hati sebarang pihak.

[VIDEO]

[VIDEO]

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh pendakwah berkenaan. Mereka juga turut menyokong sekiranya kedua-dua selebriti tersebut mempunyai hubungan bersama kerana dilihat sangat sepadan antara satu sama lain.

[VIDEO]

[VIDEO]

[VIDEO]

Sumber: Youtube TV9 Malaysia Official 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!