Skip to main content
[VIDEO] Rancak Main TikTok, Wanita Terkejut Lepas ‘Ditampar’ Beruk

Sharing is caring!

Di zaman yang semakin rancak membangun, konflik di antara haiwan dan juga manusia semakin besar. Walau bagaimanapun, masih wujud interaksi di antara hidupan-hidupan liar ini dengan manusia melalui pemerhatian menerusi habitat semula jadi.

Aplikasi TikTok kini sering menjadi pilihan ramai untuk berhibur serta sebagai platform berkongsi pelbagai video pendek yang menarik dan juga berinformasi. Tidak terhad kepada remaja, individu yang sudah dewasa juga turut tak terkecuali meluangkan waktu menggunakan aplikasi tersebut.

BACA: [VIDEO] Nazim Othman BerTikTok, Ramai Pula Request Pengantin 1 Malam Musim 2

Menerusi paparan video hangat di TikTok @princessaniedarus, seorang wanita dilihat merakam aksinya yang sedang menari kecil sambil menghulurkan makanan kepada seekor beruk jalanan. Namun tidak semena-mena, haiwan berkenaan bertindak menampar badannya setelah beberapa kali disuap dengan makanan yang dibawa.

[VIDEO] Rancak Main TikTok, Wanita Terkejut Lepas 'Ditampar' Beruk

Kejadian tersebut berlaku sewaktu Anie berkunjung ke Taman Paya Bakau di Lumut, Perak. Jelasnya lagi, dia tidak takut akan haiwan tersebut kerana sudah kerap kali ke tempat itu. Dalam video lain juga, penampakan beruk yang digelar sebagai Apok berkenaan sebenarnya kelihatan agak jinak.

@princessaniedarus_69

#tiktokmalaysia #princessanne #fyp #tiktok #foryourpage #sayangkamu #rindukamu #hujungminggu pilih punya pilih Sis kena lempang dgn Apok🤣🤣

♬ original sound – iman🌻 – iman🌻

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan 'tamparan' secara tiba-tiba tersebut. Walau bagaimanapun, ada juga yang meluahkan kerisauan kerana bimbang jika haiwan berkenaan berang dengan lebih teruk memandangkan spesies ini tidak boleh dijangka.

[VIDEO] Rancak Main TikTok, Wanita Terkejut Lepas 'Ditampar' Beruk

[VIDEO] Rancak Main TikTok, Wanita Terkejut Lepas 'Ditampar' Beruk

[VIDEO] Rancak Main TikTok, Wanita Terkejut Lepas 'Ditampar' Beruk

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!