Skip to main content
[VIDEO] Presentation Garang Bak Cikgu Disiplin, Bila Ditanya Soalan Terus Kecut

Sharing is caring!

Sewaktu menyambung pendidikan ke peringkat institusi pengajian tinggi, presentation merupakan proses wajib yang perlu dilaksanakan selain assignment bertulis. Ketika itu, pensyarah akan memberikan tugasan pembentangan topik secara berkumpulan yang terdiri daripada beberapa orang pelajar. Sebagai penutup, kebiasaanya pembentang perlu bersedia menerima soalan daripada rakan-rakan lain yang turut berada dalam kuliah sama. Mahu atau tidak, ia haruslah dijawab sebaik-baiknya agar segala pengisian mengenai subjek itu difahami.

BACA : [VIDEO] Gigih Hafal Tapi Gadis Tersasul Juga Bila Order -Hai, Saya Nasi Lemak

Namun bagi seorang pemuda ini, sebuah perkara lucu telah berlaku ketika dia baru sahaja tamat membuat presentation di hadapan ramai orang. Dengan muka yang sedikit garang persis guru disiplin, dia telah menerima soalan dalam Bahasa Inggeris daripada seorang gadis di dalam kelasnya. Namun dengan sekelip mata, dia menyerahkan helaian kertas kepada rakan sekumpulan di sebelah dan meminta soalan berkenaan dijawab segera.

@ijuoneeeee

Bila korang present dekat ada yang nak tanya soalan yang tak masuk dalam kepala, korang buat macam aku je suruh orang lain 😂😂😂

♬ original sound – izwanlaa – izwanlaa

Dalam satu lagi rakaman, dia masih bergerak mundar-mandir di hadapan manakala gadis yang bertanyakan solan tadi menjelaskan dirinya hanya mahu membantu kumpulan tersebut. Hal ini kerana, interaksi sedemikian rupa bakal menyumbang markah kepada tugasan presentation itu. Mendapat jumlah tontonan yang tinggi, netizen mengakui terhibur selain mengimbau kenangan sewaktu zaman belajar dahulu.

@ijuoneeeee

Reply to @chammomile00 ni part 2 sambungan part 1

♬ original sound – izwanlaa – izwanlaa

[VIDEO] Presentation Garang Bak Cikgu Disiplin, Bila Ditanya Soalan Terus Kecut

[VIDEO] Presentation Garang Bak Cikgu Disiplin, Bila Ditanya Soalan Terus Kecut

[VIDEO] Presentation Garang Bak Cikgu Disiplin, Bila Ditanya Soalan Terus Kecut

[VIDEO] Presentation Garang Bak Cikgu Disiplin, Bila Ditanya Soalan Terus Kecut

Sumber : TikTok izwanlaa

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!