Skip to main content
[VIDEO] Penyamun ‘Gabra’, Cubaan Merompak Pungutan Wang Mesin ATM Di Bank Gagal

Sharing is caring!

Petang semalam, kecoh di media sosial mengenai percubaan rompakan oleh seorang suspek lelaki di sebuah bank di Batu Gajah, Perak. Berdasarkan rakaman video daripada orang awam, juruteknik sebuah syarikat kawalan keselamatan telah berdepan dengan situasi cemas apabila dijadikan tebusan dalam cubaan samun di kaki lima premis berkenaan.

BACA : Lagi Takutkan COVID-19 Dari Penjara, 3 Lelaki Sanitize Tangan Sebelum Merompak

Memetik laporan Harian Metro, juruteknik berusia 27 tahun itu bersama rakan setugasnya baru saja selesai menguruskan kerja di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM). Manakala pemandu pula sedang menunggu di dalam van tersebut. Suspek yang mengenakan jaket berwarna hitam dan berkulit cerah itu dikatakan sempat menjerit sebelum menghampiri mereka.

[VIDEO] Penyamun 'Gabra', Cubaan Merompak Pungutan Wang Mesin ATM Di Bank Gagal

[VIDEO] Penyamun 'Gabra', Cubaan Merompak Pungutan Wang Mesin ATM Di Bank Gagal

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asistent Komisioner Ahmad Adnan Basri memaklumkan pihaknya ada terima panggilan berhubung insiden tersebut sekitar jam 3.40 petang. Katanya, suspek muda itu turut mengugut untuk mencederakan juruteknik berkenaan dan meminta wang. Malangnya, taktik kotor tersebut gagal apabila individu berkenaan berjaya melarikan diri dan menyelamatkan wang itu dengan memasuki van. Bagaimanapun, jumlah keseluruhan wang dalam van berkenaan tidak dapat dipastikan.

[VIDEO] Penyamun 'Gabra', Cubaan Merompak Pungutan Wang Mesin ATM Di Bank Gagal

[VIDEO] Penyamun 'Gabra', Cubaan Merompak Pungutan Wang Mesin ATM Di Bank Gagal

[VIDEO] Penyamun 'Gabra', Cubaan Merompak Pungutan Wang Mesin ATM Di Bank Gagal

Sumber : Facebook Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!