Skip to main content
[VIDEO] Nazim Othman BerTikTok, Ramai Pula Request ‘Pengantin 1 Malam’ Musim 2

Sharing is caring!

Gandingan Nazim Othman (Zahred Hadri) serta Amelia Handerson (Zulaikha Nasreen) dalam drama 'Pengantin 1 Malam' nyata mendapat sambutan hangat. Meskipun jalan ceritanya terlihat agak perlahan pada awalnya, namun pembangunan plot terus memberikan debaran dan penuh dengan adegan menarik sehinggalah ke episod akhir. Hasilnya, masih ramai yang tidak boleh move-on daripada drama tersebut walaupun ia sudah tamat bersiaran.

BACA : [VIDEO] Pengantin Perempuan Nervous & Kekok Suami Nak Kucup Dahinya Lepas Nikah

[VIDEO] Nazim Othman BerTikTok, Ramai Pula Request 'Pengantin 1 Malam' Musim 2

[VIDEO] Nazim Othman BerTikTok, Ramai Pula Request 'Pengantin 1 Malam' Musim 2

[VIDEO] Nazim Othman BerTikTok, Ramai Pula Request 'Pengantin 1 Malam' Musim 2

Tidak ketinggalan, aktres menawan yang juga mesra dikenali sebagai Ameliath itu juga sempat memuat naik sebuah rakaman TikTok bersama rakan gandingannya. Dapat disaksikan mereka berdua ligat menari dengan berlatarbelakangkan lagu 'Kasih Slow' dan video pendek itu berjaya meraih lebih 1 juta tontonan. Tidak nampak kekok berjoget, ia juga disertakan dengan kapsyen luahan rindu kepada drama lakonan mereka sendiri.

@ameliath

rinduuu #PengantinSatuMalam 😢 @nazoth

♬ Kasih Slow – Nonna 3In1

Selain memuji keserasian mereka berdua, netizen di ruangan komen pula mula menyebut kembali dengan drama tayangan TV3 tersebut. Seakan-akan suka dengan keserasian mereka sebagai teraju utama, orang ramai mengharapkan akan ada musim kedua di masa akan datang nanti. Bukan sahaja penonton tempatan, malahan ada juga orang luar negara yang terjebak sama menyaksikan karya arahan Eoon Shuhaini.

[VIDEO] Nazim Othman BerTikTok, Ramai Pula Request 'Pengantin 1 Malam' Musim 2

[VIDEO] Nazim Othman BerTikTok, Ramai Pula Request 'Pengantin 1 Malam' Musim 2

[VIDEO] Nazim Othman BerTikTok, Ramai Pula Request 'Pengantin 1 Malam' Musim 2

Sumber : TikTok ameliath

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!