Skip to main content
[VIDEO] Melalak Sampai Panjat Kerusi, Gadis ‘Gabra’ Member Hulur Kucing

Sharing is caring!

Terdapat segelintir individu mempunyai rasa takut pada binatang dan kebiasaannya dikaitkan dengan masalah trauma atau fobia disebabkan oleh pengalaman lalu. Namun, siapa sangka seorang gadis ini juga takut untuk mendekati kucing meskipun haiwan tersebut sering dianggap manja serta comel.

BACA : 'Si Bulus' Teman Tuan Masak Di Dapur, Sampai Tak Sedar Bontot Sendiri Terbakar

[VIDEO] Melalak Sampai Panjat Kerusi, Gadis 'Gabra' Member Hulur Kucing

Mula dikongsikan sejak semalam, rakaman berdurasi kurang daripada seminit berkenaan nampaknya menarik perhatian ramai netizen. Awalnya, gadis berkenaan dilihat sedang memasukkan sesuatu ke dalam plastik. Namun, dirinya terus menjerit gara-gara disergah dengan seekor kucing. Insiden itu berlaku ketika dia bersama rakan yang lain sedang menunggu pesanan di sebuah restoran.

[VIDEO] Melalak Sampai Panjat Kerusi, Gadis 'Gabra' Member Hulur Kucing

Reaksinya bertambah lucu lagi apabila dia bertindak memanjat kerusi di restoran tersebut bagi menyelamatkan diri. Akui Amirah, dia sememangnya mempunyai fobia selain turut berseloroh mengatakan haiwan comel itu tak tumpah seperti seekor harimau baginya.

@amirahfauzi292

rasanya anjing bangat😭😂 sape yg tkut benda ni kita geng.. #fyp #foryoupage

♬ original sound – Benny Indriansyah – Benny Indriansyah

Tidak sekadar meraih lebih 30 ribu tontonan, malahan insiden melucukan itu terus-terusan menghiburkan netizen. Selain berseloroh mengenai gelagatnya, ada juga yang berkongsi pengalaman fobia dengan 'si bulus' itu.

[VIDEO] Melalak Sampai Panjat Kerusi, Gadis 'Gabra' Member Hulur Kucing [VIDEO] Melalak Sampai Panjat Kerusi, Gadis 'Gabra' Member Hulur Kucing [VIDEO] Melalak Sampai Panjat Kerusi, Gadis 'Gabra' Member Hulur Kucing

Sumber : TikTok amirahfauzi292, Instagram amirahfauzi292

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!