Skip to main content
[VIDEO] Majlis Makin Dekat, Tunang Kantoi ‘Main Cinta’ Dengan Adik Sendiri

Sharing is caring!

Bermacam-macam ragam kita dengar dalam hubungan percintaan orang muda sekarang. Ada yang berakhir dengan ikatan bahagia dan sesetengahnya pula terpaksa akur kerana terputus di tengah jalan meskipun sudah menjalin hubungan istimewa selama bertahun-tahun. Samalah juga dengan dilema kisah percintaan yang dilalui gadis dari Indonesia ini.

BACA : 2 Bulan Telefon Boyfriend Rosak, Sekali 'Kantoi' Bercinta Dengan Member Sendiri

Pendedahan itu dikongsikan semula oleh rakannya @chandrachanchan menerusi aplikasi TikTok. Bayangkan selepas bertahun-tahun susah senang bersama, gadis ini akhirnya dikejutkan dengan khabar yang meruntun jiwa mengenai 'belang' tunangnya. Tanpa disangka, lelaki berkenaan mengkhianati kepercayaannya apabila 'kantoi' selingkuh dengan adik kandungnya sendiri.

@chandrachancan

part 2 lo kuat kok

♬ Kamu & Kenangan – Maudy Ayunda – All About Music 🎵

@chandrachancan

doain temen gue yah guys buat temen gue

♬ Kamu & Kenangan – Maudy Ayunda – All About Music 🎵

Susulan daripada itu, gadis berkenaan akhirnya nekad untuk memutuskan daripada perhubungan tersebut. Malah dia juga mengalami breakdown teruk selain hanya menghabiskan masa dengan mengurungkan diri di rumah. Bagimanapun, dengan penuh rasa kesal pemuda berkenaan berusaha untuk memujuk semula buah hatinya dan mengakui kesilapan lalu.

@chandrachancan

guys ini cowok yang kemaren selingkuh ama adiknya temen gue part 3

♬ Kamu & Kenangan – Maudy Ayunda – All About Music 🎵

Malangnya, rayuan lelaki berkenaan langsung tidak diendahkan selain nekad untuk memutuskan hubungan tersebut. Malah dia turut membatalkan semua persiapan majlis pernikahan mereka demi kebahagiaan bersama.

@chandrachancan

part 4 guys gue minta doa semoga temen gue bisa lewati masalahnya

♬ Kamu & Kenangan – Maudy Ayunda – All About Music 🎵

Sumber : TikTok Chandrachanchan

Sharing is caring!