Skip to main content
[VIDEO] “Helok Sungguh..” -Netizen ‘Cair’ Tengok Reaksi MK Berdepan Kontroversi

Sharing is caring!

Biarpun baru 'setahun jagung' menempa nama dalam industri seni muzik, MK daripada kumpulan Hip Hop K-Clique sering menjadi tumpuan ramai khususnya buat para gadis. Malah, jejaka dari Sabah ini dilihat lebih menyerlah apabila acapkali menerima publisiti di muka hadapan media berbanding anggota kumpulannya yang lain.

BACA : MK K-Clique Kecewa Perangai Netizen -"Kalau Tiada Benda Baik Nak Cakap, Diam"

[VIDEO]

Adat menjadi artis, dia juga tidak terkecuali daripada menerima tempias kontroversi sepanjang berkecimpung dalam dunia hiburan tempatan. Namun melalui sebuah rakaman di aplikasi TikTok ini, caranya berseloroh dalam berdepan pelbagai isu nyata mendapat perhatian ramai. MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat begitu tenang selain tidak melatah dalam mendepani sebarang khabar angin.

[VIDEO]

Malah respon yang ditunjukkan penyanyi berusia 24 tahun ini ternyata cukup membuatkan sesiapa sahaja terjatuh hati. Tidak sombong apalagi berperangai 'kekwat', pelantun lagu berjudul 'Mimpi' itu hanya melemparkan senyuman manis seikhlas hati.

@mk.kc302

How i react to rumours pasal aku. 🤪🤟🏻

♬ original sound – MK K-CLIQUE – MK K-CLIQUE

Dikongsi sejak semalam, perkongsian video tersebut meraih lebih 100 ribu tontonan setakat ini. Di samping memuji kekacakkan wajah rapper berkenaan, rata-rata mereka turut memuji sikap matangnya dalam mendepani segala kontroversi.

[VIDEO]

[VIDEO] [VIDEO]

Sumber : Instagram hairiwhuut, TikTok mk.kc302

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!