Skip to main content
[VIDEO] “Feel Dia Tu Sampai” – Persembahan Azzam Dipuji, Bikin Ramai Sebak

Sharing is caring!

Sejarah baru tercipta sepanjang penganjuran rancangan realiti 'Big Stage' apabila tiada langsung finalis wanita dalam edisi tahun ini. Selepas tersingkirnya Farisha Iris, bintang BS2020 yang bakal berentap untuk gelaran juara adalah Azzam Sham, Usop, Fadh Majid, Qody Rany dan Dinie Rashid. Bagaimanapun, kesemua mereka telah memberikan persembahan terbaik dalam konsert separuh akhir malam tadi.

BACA: "Vokal Dia Terbaik" – Nyanyian Azzam Dipuji Cover OST '7 Hari Mencintaiku 2'

Selain berjaya meraih markah tertinggi iaitu 81.9%, Azzam Sham juga dikatakan berjaya memukau para juri serta peminat yang menyaksikan konsert tersebut. Dalam tugasan pertama yang bertemakan 'Duominasi Platinum', penyanyi berusia 23 tahun ini telah berduet dengan Bob Yusof bagi menyampaikan lagu 'Gundah' oleh Ernie Zakri.

Thiss partt @AzzamSham & @bobyusof !!! 🔥🔥😭😭 So So So bomzzz 🙌🏻🤘🏻Congrats Both of you 👏🏻 InsyaAllah , ada rezeki Azzam masuk final untuk bigstage2020 this year 🥰✨Aamin @AzzamTroopers #BigStage2020 #teamAzzamSham pic.twitter.com/iGOrPxTRyo

— نور امانينا 🕊 (@AmaninaaNur) September 27, 2020

Namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah persembahan solonya tatkala menyanyikan lagu terbaru Judika berjudul 'Tak Mungkin Bersama'. Di samping memberikan skor markah tinggi, Ajai selaku juri tetap memuji tahap penghayatan Azzam sepanjang persembahan tersebut. Dalam pada itu, Datuk Syafinaz Selamat mengakui persembahan kali ini lebih memberi impak serta beremosi kerana dia pandai bermain dengan warna suara.

sorry for bring malay content here but azzam really a great performer 🥺 hoping hes the winner next week cause deserved! and the way he bring this judika song really got me in tears. pic.twitter.com/srRNvwy0rm

— syaa (@minsskies) September 27, 2020

Dalam pada itu, rata-rata netizen juga luah sebak melihat persembahan bekas naib juara Idola Kecil 2 tersebut. Malah mereka juga berharap Azzam boleh berikan saingan sengit kepada 4 lagi finalis sekali gus bergelar juara bagi musim kali ini.

[VIDEO]

[VIDEO]

[VIDEO]

Sumber: Twitter AmaninaaNur, minsskies & YouTube Astro Gempak

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!