Skip to main content
[VIDEO] Bini Minta Tolong Bedung, Bapa Ini ‘Gulung’ Anaknya Sebijik Macam Kebab

Sharing is caring!

Kemahiran bedung bayi sudah menjadi salah satu ilmu parenting yang perlu dikuasai oleh para ibu bapa. Selain dapat mengekalkan suhu badan, balutan kain di badan bayi akan membuatkan mereka berasa selesa umpama sedang berada di dalam rahim ibu. Bukan sahaja di sekitar negara Asia, malahan saranan daripada doktor mengenai kepentingan membedung bayi kecil membuatkan orang Barat juga mula mengamalkan cara ini.

BACA : Bedung Baby Dengan Ketat Elak Kaki Kengkang? Salah…Doktor Ini Beri Penjelasan

Dek kerana banyak menghabiskan masa bersama bayi, kebiasaannya golongan ibu yang akan 'membalut' anak mereka. Namun bagi sebuah keluarga kecil ini, ternyata mereka mempunyai situasi yang sedikit berbeza. Oleh kerana si isteri merasa kurang sihat, dia meminta tolong kepada suaminya untuk membedung bayi mereka. Walaupun kelihatan sedikit kekok dan terlalu berhati-hati pada awalnya, cara bapa ini 'menggulung' anaknya nyata menghiburkan ramai netizen.

[VIDEO] Bini Minta Tolong Bedung, Bapa Ini 'Gulung' Anaknya Sebijik Macam Kebab

Bermula dengan balutan yang cukup kemas, bayi itu kedengaran masih lagi menangis. Namun dalam sekelip mata, bapa berkenaan mula menggulingkan anaknya untuk beberapa kali sehingga memberikan hasil bedungan yang tampak sungguh selesa. Melucukan sekali, si comel itu juga tiba-tiba menghentikan tangisan selain disambut oleh gelak kecil daripada ibunya di sebalik kamera. Mendapat jumlah retweet yang banyak sejak dimuat naik, netizen juga menjadi kagum selain berseloroh situasi tersebut persis seperti menggulung kebab.

Her: can you wrap the baby for me I'm in pain

Me: pic.twitter.com/algMWLG8GB

— 1 of 3 kings MBK (@_mbk_juicemann) September 30, 2020

[VIDEO] Bini Minta Tolong Bedung, Bapa Ini 'Gulung' Anaknya Sebijik Macam Kebab

[VIDEO] Bini Minta Tolong Bedung, Bapa Ini 'Gulung' Anaknya Sebijik Macam Kebab

[VIDEO] Bini Minta Tolong Bedung, Bapa Ini 'Gulung' Anaknya Sebijik Macam Kebab

Sumber : Twitter 1 of 3 kings MBK

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!