Skip to main content
(Video) Berpanas, beratur panjang demi kerja, netizen sebak lihat usaha anak muda datang ‘interview’

Sejak semalam, satu video berkenaan orang ramai beratur panjang di hadapan IKM Manjung telah menjadi bualan warganet.

Mana tidaknya, mereka semua yang berbaju formal telah beratur dibawah terik matahari bagi menghadiri temuduga untuk jawatan dalam syarikat KTM (Keretapi Tanah Melayu)

Tular video beratur panjang

Menerusi muat naik daripada sebuah akaun Twitter mengggunakan nama Daddysado20, dia menyatakan betapa ramainya orang yang memohon jawatan tersebut kerana sudah beratur dari pagi hari lagi sehingga menjelang petang.

Walk in interview di IKM Manjung. Goshh seriously many are unemployed nowadays…. huhuhu#jagakejekalotaknaknganggur pic.twitter.com/1JOt7eXImG

— Daddysado20 (@daddysado20) September 24, 2020

Mohon jawatan juru teknik & mekanik

Menurut warganet, mereka yang hadir ke temuduga terbuka itu adalah untuk memohon jawatan pembantu teknik dan juru teknik serta mekanik bagi mengisi kekosongan yang ada.

Suasana dekat dalam pula

Ada juga yang sempat berkongsi suasana di dalam IKM Manjung dengan memperlihatkan lebih ramai lagi yang memohon pekerjaan demi kelangsungan hidup.

Memang ramaaaiii gilaaaaa , suami sy pergi pkul 8 tak dapat iv pon last diorang suruh balik je 🥺 pic.twitter.com/MGr264HO6H

— sunflwr (@snflwr_hz) September 24, 2020

Ni yg dalam. Blkg2 dewan tu banyak lg yg tersorok beratur 🤦🏻‍♂️ pic.twitter.com/jBGokU3xKj

— Impostor (@zulalias95) September 24, 2020

Bangga lihat mereka gigih cari kerja

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, pelbagai komen telah diterima dari akaun Twitter Daddysado dengan mengulas keadaan yang dilihat itu.

D4kwaan berkenaan orang muda m4las adalah tidak tepat sama sekali kerana ramai lagi yang sedang berusaha mencari pekerjaan walaupun sanggup beratur panjang dan berpanas demi menghadiri temu duga jawatan.

Beratur panjang2 last2 ambil guna kabel

Punyalah ramai yang hadir

Semoga urusan mereka dipermudahkan

Sebak tengok video ni

Berlambak sebenarnya graduan menganggur sebab alasan tiada pengalaman

Sumber: Daddysado20, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.