Skip to main content
[VIDEO] Anak Takut Naik Eskalator, Ibu Pula Sanggup Lepas Tangan & Turun Dulu

Sharing is caring!

Walaupun ia banyak terdapat di kompleks bangunan besar dan rata-rata daripada kita kerap menggunakannya, namun tak dinafikan bahawa eskalator boleh menjadi kemudahan yang agak menakutkan bagi sesetengah pihak. Lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak kecil yang sudah banyak kali ada insiden terjatuh atau terperangkap di dalam alat tangga bergerak tersebut. Malah rasa takut boleh timbul kerana tak biasa melihatnya yang bergerak agak laju.

BACA: Kaki 'Ditelan' Oleh Eskalator, Budak 6 Tahun Ini Buat Ramai Ibu Bapa Risau

Menerusi sebuah video yang tular di luar negara ini, seorang kanak-kanak perempuan telah berdepan detik cemas apabila ditinggalkan sendirian di eskalator. Tanpa pegang tangannya langsung, si ibu tersebut terus saja turun sambil menoleh senyum lihat gelagat anaknya. Bagaimanapun si cilik yang memakai skirt merah jambu tersebut dilihat seolah-olah buntu & merengek apabila 'ditinggalkan' oleh ibunya. Mujurlah ada seorang wanita memimpinnya naik eskalator tersebut dengan berhati-hati sebelum bertemu dengan ibunya semula di bawah.

Rata-rata netizen yang menyaksikan video berikut nyata risau tentang keselamatan kanak-kanak tersebut, selain mengkritik tindakan ibunya. Dalam pada itu, mereka turut berpesan supaya menjaga keselamatan anak-anak walau di mana saja.

[VIDEO] Anak Takut Naik Eskalator, Ibu Pula Sanggup Lepas Tangan & Turun Dulu

[VIDEO] Anak Takut Naik Eskalator, Ibu Pula Sanggup Lepas Tangan & Turun Dulu

[VIDEO] Anak Takut Naik Eskalator, Ibu Pula Sanggup Lepas Tangan & Turun Dulu

Sumber: IG makassar_iinfo

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!