Skip to main content
[VIDEO] “Air Mata Lelaki”-Reaksi Pemuda Kena ‘Swab Test’ Berjaya Curi Perhatian

Sharing is caring!

Susulan kenaikan jumlah individu dijangkiti wabak pandemik Covid-19 di Sabah, mereka yang bergejala diminta untuk melakukan ujian saringan swab sejurus sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Test berkenaan perlu diambil untuk mencegah daripada penularan virus melalui proses isolasi awal. Itulah yang perlu dilalui oleh seorang lelaki ini namun proses dikenakan keatasnya telah pun dirakam lensa kamera TV3.

BACA: [VIDEO] Dapat Tahu Muka Keluar TV3, Pemuda Terlebih Excited Ketawa Serupa Badut

Menerusi sebuah sedutan video rancangan 'Buletin Utama TV3' itu, dapat dilihat lelaki tersebut mengalirkan air mata selepas menjalani swab test. Seperti yang kita tahu, kaedah berkenaan agak menyakitkan apabila satu kapas kesat akan dimasukkan jauh ke dalam hidung untuk mengambil sampel di bahagian tersebut sebelum diuji.

Aku rasa editor @BuletinTV3 ni saja letak brader ni punya clip meronta kena cucuk. Lawak ye, kesian pun ye hahaha pic.twitter.com/DnQr6kadB4

— Izzul (@Ijulnaim) September 28, 2020

Secara keseluruhannya video yang dikongsi di laman Twitter @izzul itu telah mendapat jumlah tontonan lebih 350 ribu kali beserta 20 ribu retweets. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat riak wajah jejaka berkenaan seolah-olah mereka turut merasainya. Bagi yang pernah melaluinya, masing-masing sempat juga berkongsi pengalaman berada dalam keadaaan tidak selesa itu.

[VIDEO]

[VIDEO]

[VIDEO]

Sumber: Twitter Izzul 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!