Skip to main content
[VIDEO] 6 Tahun Menanti Anak Kedua, Tapi Sayunya Cuma Sempat Tatap 11 Hari Saja

Sharing is caring!

Tak dinafikan bahawa setiap pemergian yang dirasai amat memeritkan. Tambahan pula sekiranya melibatkan anak yang masih kecil serta sekian lama dinantikan oleh ibu bapa. Hakikatnya tiada siapa boleh mengubah ketentuan Ilahi dan mungkin ada hikmah lebih baik yang bakal menanti pula selepas ini.

BACA: Ibu Bapa Dapat Mimpi Aneh, Tak Sangka Petanda Anak Pergi Buat Selamanya

Beberapa bulan lepas, Puan Farahaswaniey Che Zawawi pernah luahkan rasa teruja untuk melahirkan anak kedua ke dalam keluarga mereka. Malah dia turut mendedahkan bahawa ahli keluarganya sudah 6 tahun menanti detik istimewa tersebut.

@misstoyo

Allhamdullilah Penantian Selama 6thn untuk menimbang cahaya mata ke2..Semoga Baby Mamy sihat2 Selalu ye..mmy ppa abg aish xsbr menanti kelahiran Adk

♬ MAIN HOON NA – MAIN HOON NA

[VIDEO] 6 Tahun Menanti Anak Kedua, Tapi Sayunya Cuma Sempat Tatap 11 Hari Saja

Namun dukacitanya usia bayi yang diberi nama Muhammad Aidan Qhalif tersebut tak lama apabila cuma mampu bertahan selama 11 hari saja. Malah detik-detik akhir bersama dengan Allahyarham turut meruntun jiwa rata-rata pengguna TikTok hingga meraih lebih sejuta views setakat ini.

@misstoyo

Damai Lah Disana Wahai Wildan Syurgaku😭 Sesungguhnya hanya doa mampu mamy papa kirimkan sebagai tanda rindu pada adik (11/09/2020-21/09/2020)

♬ original sound – Farah Waniey – Farah Waniey

Menurut Puan Farahaswaniey, cahaya mata keduanya itu cuma mampu bertahan selama untuk 11 hari saja di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) gara-gara masalah kegagalan organ dalaman. Baby Aidan telah menghembuskan nafas terakhir pada 21 September lalu dan ibu ini berharap orang ramai boleh mengirimkan doa kepadanya.

Damai la disana wildan syurga mmy ppatunggu mmy ppa disana ye..Tamat Sudah Perjuangan ank syurgaku selama 11hari di…

Posted by Farah Waniey on Sunday, September 20, 2020

[VIDEO] 6 Tahun Menanti Anak Kedua, Tapi Sayunya Cuma Sempat Tatap 11 Hari Saja

Sumber: TikTok misstoyo & FB Farah Waniey

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!