Skip to main content
Tk campur hal politik, Tengku Zafrul tenang dgn anak2. Sekali corak langsir jadi perhatian

Ketika barisan kepimpinan negara fokus memberi perhatian terhadap Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menjalani kehidupan seperti biasa.

Beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan PRN, jauh sekali 'turun padang' untuk bantu berkempen tetapi sebaliknya meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Hujung minggu! Masa bersama keluarga

Menerusi laman Facebook rasmi, beliau memuat naik sekeping gambar dua orang anaknya iaitu Tengku Zahira Eusnie dan Tengku Zayn Aqeel semalam.

Posting tersebut menerima 18,000 tanda suka serta ratusan komen warganet yang memberikan kata-kata positif selain memuji kepimpinan beliau dalam 'menjaga' kewangan negara.

Namun apa yang mencuri perhatian, ada juga netizan cuba mengusik beliau dengan mengaitkan corak langsir belakang dengan logo Parti Politik Warisan yang berbentuk Kapal Layar

Langsir macam logo politik je Tengku!

"Assalamualikum Dato, semoga berbahagia selalu. Nak tanya sikit ar boleah tak. Tu langsir belakang tu macam lambang kapa layar je, Dato bersama Warisan ker? Jangan marah yer, tanya je ni" tulis seorang peilik akaun bernama Richee

"Macam familiar je logo langsir tu yb..he2" tulis seorang lagi netizan

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi membentuk kerajaan negeri yang baru selepas memenangi 38 kerusi dalam PRN semalam.

Penyokong berkumpul di kediaman rasmi Shafie

Kota Kinabalu: Dalam perkembagan politik semasa, Penyokong Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkumpul di perkarangan kediaman rasminya di Rumah Yayasan Sabah di sini.

Tinjauan mendapati terdapat sekumpulan penyokong Mohd Shafie serta pengamal media dilihat berkumpul di perkarangan kediaman sejak pagi tadi.

Sementara itu, dipercayai semua pemimpin tertinggi termasuk Mohd Shafie masih sedang berada di dalam kediaman itu namun belum ada sebarang perincian mengenai pertemuan terbabit.

Namun tengah hari tadi, Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew dilihat meninggalkan Rumah Yayasan Sabah

.

Sumber : Tengku Zafrul