Skip to main content
Tipu Isteri 3 Bulan, Suami Pura-Pura Keluar Awal Pagi Padahal Dah Dibuang Kerja

Sharing is caring!

Penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia nyata memberi impak cukup besar. Malah kekangan sepanjang tempoh suram itu menyaksikan ada antara kita yang tidak bernasib baik apabila diberhentikan kerja. Hakikat itu didedahkan sendiri oleh seorang lelaki menerusi satu panggilan radio Suria FM pada pagi tadi.

BACA : [VIDEO] Berpanas Tepi Jalan Tunggu Interview-"Syukurlah Kau Ada Kerja Sekarang"

Perkongsian individu berkenaan menceritakan bagaimana dia diberhentikan kerja itu turut menjadi bualan netizen di media sosial. Apa yang meruntun jiwa apabila dia terpaksa menyembunyikan hal itu daripada pengetahuan isterinya sehingga nekad berpura-pura keluar bekerja pada setiap pagi selama tiga bulan.

Tak sampai hati & serba salah nak bagitau isteri dah dibuang kerja. Saya keluar pakai macam biasa tapi sebenarnya ada baju salin lain dalam motor.

Tipu Isteri 3 Bulan, Suami Pura-Pura Keluar Awal Pagi Padahal Dah Dibuang Kerja Gambar Sekadar Hiasan Tipu Isteri 3 Bulan, Suami Pura-Pura Keluar Awal Pagi Padahal Dah Dibuang Kerja Gambar Sekadar Hiasan

Bagaimanapun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk mencari pekerjaan baru sepanjang tempoh tersebut. Siapa sangka, usaha keras itu membolehkan dia dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga di sebuah syarikat. Berkongsi dengan lebih lanjut, isterinya hanya mengetahui tentang panggilan interview yang diterimanya. Namun bukan soal diberhentikan daripada pekerjaannya sebelum ini.

Nak dijadikan cerita, 14 September saya dapat kerja. Dapat interview saya beritahu, dibuang kerja isteri tak tahu. Cuma nak nasihatkan siapa-siapa yang dibuang kerja, percayalah dengan diri sendiri.

Tipu Isteri 3 Bulan, Suami Pura-Pura Keluar Awal Pagi Padahal Dah Dibuang Kerja Gambar Sekadar Hiasan

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki pendengar ini. Tabah betul 💪🏻

Posted by Suria FM on Monday, September 28, 2020

Sumber : Facebook Suria FM

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!