Skip to main content
Teringin Timang Anak, Suami Isteri Sama-Sama Berjaya Turunkan Berat Badan 20kg

Sharing is caring!

Setiap suami isteri pasti inginkan kehadiran zuriat sebagai penyeri kehidupan. Walau bagaimanapun, perkara tersebut bukan mudah untuk diperolehi. Samalah juga seperti sepasang suami isteri ini yang masih belum merasai pengalaman tersebut walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga.

BACA: 5 Tahun Merancang Untuk Dapat Zuriat, Akhirnya Tahun Ke-7 Tunggu Masa Bersalin

Menerusi perkongsian MaCapula PapuLa di group Facebook IF Diet Malaysia, dirinya dan suami nekad menurunkan berat badan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Antaranya adalah diet suku-suku separuh, Atkins, dan intermittent fasting. Selain diet, mereka juga turut melakukan aktiviti senaman.

Teringin Timang Anak, Suami Isteri Sama-Sama Berjaya Turunkan Berat Badan 20kg

Teringin Timang Anak, Suami Isteri Sama-Sama Berjaya Turunkan Berat Badan 20kg

Teringin Timang Anak, Suami Isteri Sama-Sama Berjaya Turunkan Berat Badan 20kg

Setelah hampir 2 tahun berusaha bersama-sama, mereka berdua berjaya menurunkan berat badan sehingga 20kg. Dalam tempoh tersebut juga, wanita itu sudah 2 kali berjaya hamil namun rezeki untuk menimang cahaya mata belum tiba apabila mengalami keguguran. Walaupun begitu, mereka tetap bersyukur kerana kini lebih sihat selepas mendapat berat badan yang ideal.

Teringin Timang Anak, Suami Isteri Sama-Sama Berjaya Turunkan Berat Badan 20kg

Teringin Timang Anak, Suami Isteri Sama-Sama Berjaya Turunkan Berat Badan 20kg

Teringin Timang Anak, Suami Isteri Sama-Sama Berjaya Turunkan Berat Badan 20kg

Menurutnya lagi, antara faktor utama yang membantu proses berkenaan adalah dengan tidak minum minuman bergula serta mengutamakan makan beras perang. Bagi mendapatkan result yang berkesan, wanita itu berpesan supaya perlu juga disulami dengan sikap tak berputus asa walaupun mungkin sedikit lambat.

Teringin Timang Anak, Suami Isteri Sama-Sama Berjaya Turunkan Berat Badan 20kg

Teringin Timang Anak, Suami Isteri Sama-Sama Berjaya Turunkan Berat Badan 20kg

Sumber: Facebook IF Diet Malaysia 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!