Skip to main content
Tangguh Masuk Pelajar IPT Zon Merah, Ramai Luah Kecewa Persiapan Sudah Dibuat

Sharing is caring!

Susulan kenaikan jumlah individu dijangkiti COVID-19 terutamanya di Sabah sehingga mencecah tiga angka, kebimbangan terhadap penularan wabak pandemik tersebut kini kian dirasakan. Oleh sebab itu, tarikh kemasukan pelajar-pelajar IPT di zon merah telah ditangguhkan ke suatu masa yang akan diberitahu kelak.

BACA: KLIA Sesak Teruk, Penumpang Terkandas Hampir 5 Jam Jalani Saringan COVID-19

Menerusi satu posting pengumuman yang dimuat naik di laman Twitter, proses pendaftaran dan juga pembelajaran bagi kumpulan tersebut perlu dilakukan secara atas talian sehinggalah keadaan semakin pulih. Walau bagaimanapun, kumpulan pelajar tidak terjejas perlu mengikuti jadual asal yang telah ditetapkan sebelum ini.

Tangguh Masuk Pelajar IPT Zon Merah, Ramai Luah Kecewa Persiapan Sudah Dibuat Gambar Sekadar Hiasan Tangguh Masuk Pelajar IPT Zon Merah, Ramai Luah Kecewa Persiapan Sudah Dibuat Gambar Sekadar Hiasan

Selain itu, pihak universiti juga dinasihatkan untuk memastikan pelaksanaan aktiviti akademik tetap mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Meskipun keputusan mengejut itu baru sahaja dua hari diumumkan, namun ternyata banyak sekali respon dan ulasan yang timbul mengenai perkara tersebut.

[KENYATAAN MEDIA]Penangguhan kemasukan pelajar (baharu dan lama) dari kawasan Zon Merah COVID-19 ke IPT#MalaysiaPrihatin#KPTPrihatin#KitaPrihatin#KitaJagaKita#KitaMestiMenang pic.twitter.com/uN4D2KTkGd

— Kementerian Pengajian Tinggi (@MOHEOfficial) September 27, 2020

Tangguh Masuk Pelajar IPT Zon Merah, Ramai Luah Kecewa Persiapan Sudah Dibuat Gambar Sekadar Hiasan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelajar dilihat kurang senang dengan perubahan berkenaan. Mereka mengeluh kerana telah banyak berhabis duit untuk urusan daftar masuk serta perjalanan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang perlu mengambil kapal terbang untuk pulang ke universiti masing-masing.

Tangguh Masuk Pelajar IPT Zon Merah, Ramai Luah Kecewa Persiapan Sudah Dibuat Tangguh Masuk Pelajar IPT Zon Merah, Ramai Luah Kecewa Persiapan Sudah Dibuat

Tangguh Masuk Pelajar IPT Zon Merah, Ramai Luah Kecewa Persiapan Sudah Dibuat

Sumber: Twitter MOHEOfficial

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!